Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akar Umbi Masih Mahu Parti Bumiputera, Kata Dr M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akar Umbi Masih Mahu Parti Bumiputera, Kata Dr M

download-15

 

Serpihan Umno, Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) terus mempertahankan keputusannya menjadi sebuah parti untuk penduduk pribumi.

Bekas perdana menteri dan penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun terdapat tuntutan untuk pembaharuan, keputusan itu dibuat kerana golongan itu di peringkat akar umbi mahukannya.

“Jika kita kata, ‘tidak, kita kena jadi pelbagai kaum’, bagi mereka ia seperti mereka tidak dipandang,” katanya dalam ucapan di Universiti London minggu lepas.
Klip video ceramahnya dan soal jawabnya dimuat naik ke Internet oleh pengulas politik Mariam Mokhtar.

Mahathir berkata, BN yang dibentuk oleh parti-parti berasaskan kaum masih mendapat sokongan orang ramai.

“Walaupun kita tidak mahu lihat perkauman di negara ini, kita kena terima bahawa ramai orang masih berpaut pada perkauman kerana mereka rasa tidak selamat,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata keadaan memberangsangkan apabila ramai orang Cina turut menyertai BERSATU sebagai anggota bersekutu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada anggota bersekutu boleh bertanding dalam pilihan raya atas tiket BERSATU dan perlu menyemaknya dengan jawatankuasa penajanya terlebih dahulu.

BERSATU sebelum ini telah dikritik kerana menjadi sebuah parti bumiputera tetapi mempertahankannya sebagai sebuah model “hibrid”.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cRvfbM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.