DAP minta Menteri jangan politikkan isu air di Selangor
KUALA LUMPUR: DAP meminta supaya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berhenti daripada mempolitikan masalah bekalan air di negeri itu kerana kerajaan negeri serius untuk menyelesaikan masalah berkenaan termasuk memperuntukkan hampir RM1 bilion.
“Dengan projek-projek yang sedang dilaksanakan itu, Selangor akan menerima bekalan air yang sempurna menjelang 2018,” kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Yeo Bee Yin dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Noh menuduh kononnya pentadbiran Pakatan Harapan tidak bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menanganinya.
Menurut Bee Yin, sejak kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga pada akhir tahun lalu pelbagai projek pembangunan infrastruktur bekalan air telah dirancang dan dilaksanakan.
Ujarnya, ini termasuk kos bagi pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang; Projek Mitigasi 2 dan 3; dan kerja-kerja menganti 23 paip yang dijangka siap pada 2017 dan 2018 akan datang.
Beliau berkata, hal ini berbeza dengan syarikat swasta yang mengaut keuntungan semata-mata, kerajaan negeri sebaliknya telah
ADUN Damansara Utama itu berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Noh Omar yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali ‘sibuk berpolitik hingga lupa masalah rakyat’.
Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga mendakwa kononnya kerajaan negeri tidak menjaga kebersihan sungai Semenyih yang menjadi antara sumber bekalan air di negeri itu sehingga berlakunya pencemaran.
Bee Yin bagaimanapun mengingatkan Noh Omar bahawa pemantauan kualiti sungai tidak terletak di bawah agensi kerajaan negeri sahaja, sebaliknya tanggungjawab yang sama turut dipikul agensi kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Kedua-dua, sama ada kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mengambil tanggungjawab ini untuk bersama-sama dalam mengawal pencemaran sungai.
“Dalam mana-mana kes, tumpuan sekarang adalah untuk bekerja bersama-sama untuk secepatnya mengenal pasti punca pencemaran untuk memastikan masalah yang sama tidak timbul,” tambahnya.
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment