Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Hadir Dengan Xiaomi Mi 5S Plus Menggunakan Dwi-Kamera Belakang Dan 6GB RAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Hadir Dengan Xiaomi Mi 5S Plus Menggunakan Dwi-Kamera Belakang Dan 6GB RAM

Bersama-sama dengan pengenalan Xiaomi Mi 5s, pihak Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi variasi telefon pintar mereka yang mana hadir dengan rekaan bersaiz sedikit besar dan beberapa ciri-ciri tambahan – iaitu Xiaomi Mi 5S Plus.

Seperti versi Mi 5S, ia turut dijana menggunakan cip Snapdragon 821 dan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari ultrasonik. Namun, untuk rakaman gambar belakang, ia sedikit berbeza dan menyertakan dwi-kamera belakang yang disusun secara menegak.

Xiaomi Mi5s Plus

Telefon pintar ini juga turut menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang – berbeza dengan model utama mereka.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera 13-megapixel + 13-megapixel pada bahagian belakang. Ia menggunakan konsep seumpama Huawei, dimana satu lensa digunakan untuk rakaman gambar dalam bentuk RGB, sementara satu lagi dalam bentuk monokrom.

Menguasakan peranti ini adalah memori dalam pilihan 4GB RAM ataupun 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB.

Xiaomi Mi5s Plus

Xiaomi Mi5s Plus

Sedang dikemaskini…






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d5BCLq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.