Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muhyiddin Sebagai PM: Azmin Setuju, Wan Azizah Tidak? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muhyiddin Sebagai PM: Azmin Setuju, Wan Azizah Tidak?

9e74

Dalam respon segera berhubung cadangan Tun Dr. Mahathir untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih dalam PRU14, PKR setakat ini dikatakan memberi 2 reaksi yang berbeza.

Presiden, Datuk Sri Wan Azizah Ismail menurut sumber terdekatnya, membantah perkara tersebut dan menyatakan ia tidak pernah dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk dibincang dan diputuskan.  Tambahnya lagi, setakat ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih pilihan utama untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas BN kalah.

Timbalan Presiden, Datuk Sri Azmin Ali bagaimanapun dikatakan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan itu memandangkan Anwar  terikat dengan peraturan yang melarang beliau dari aktif berpolitik untuk satu tempoh masa selepas dibebaskan dari penjara kelak.

Begitupun sama seperti kenyataan Dr. Mahathir, Azmin setuju perkara ini perlu dirujuk kepada beberapa pihak dulu sebelum boleh dimuktamadkan.  Siapa dan apakah pihak itu masih menjadi persoalan kerana Dr. Mahathir merujuk kepada ‘Pengerusi dan ahli jawatankuasa pembuat polisi kerajaan’ – jika siapa tahu apa yang dimaksudkan beliau dengan itu?

Majlis Presiden Pakatan Harapan bagaimanapun dijangka mengeluarkan satu kenyataan ringkas berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.  Segala tindakan lanjut selepas ini, akan bermula dari kenyataan tersebut.

Sementara itu, semua penyokong Pakatan Harapan diminta bertenang.  Ingatlah, semua keputusan yang akan dibuat, hanya untuk memastikan Pakatan Harapan memenangi PRU14, segala yang lain akan diputuskan selepas itu – bagi menang dulu.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dfGuKR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.