Hi! Welcome Back and Stay Tune! Firefox 53 Dijangka Akan Menamatkan Sokongan Untuk Windows XP Dan Vista - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Firefox 53 Dijangka Akan Menamatkan Sokongan Untuk Windows XP Dan Vista

Dengan perkembangan teknologi, beberapa perkara baru dilihat sukar untuk disokong pada sistem operasi lama, dan membuatkan pembangun perisian menamatkan sokongan untuk sistem operasi lama yang telah bertahun-tahun. Terkini, pihak Mozilla dilihat sedang membincangkan untuk menamatkan sokongan Firefox untuk Windows XP dan Vista bermula daripada Firefox 53 kelak.

Walaubagaimanapun, sokongan untuknya dijangka akan diperluaskan melalui Firefox 52 ESR (Extended Support Release), yang akan disokong sehingga pertengahan 2018 kelak. Firefox 52 ESR ini dijangka akan menyokong Windows XP dan juga Vista.

Sebelum ini, sejumlah pembangun telah mula menamatkan sokongan untuk dua sistem operasi lama ini – termasuk Google Chrome yang telah menamatkan sokongan XP dan Vista pada bulan April lepas.

Selepas sokongan ditamatkan, pengguna masih boleh menggunakan pelayar web berkenaan, tetapi tidak akan menerima kemaskini sekuriti baru sekaligus menjadikan pelayaran web anda terdedah kepada ancaman sekuriti.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cRviV9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.