Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuda Umno Batal Laporan Polis Elak Dilihat ‘Bodoh’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuda Umno Batal Laporan Polis Elak Dilihat ‘Bodoh’

download-12

 

Selepas geger dengan tuduhan ke atas dua individu didakwa bersekongkol mahu menjatuhkan perdana menteri, Pemuda Umno hari ini membatalkan niat mereka membuat laporan polis untuk mengelak pertubuhan itu dillihat “bodoh”.

Ditemui media Kuala Lumpur hari ini exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata mereka membuat semakan dan akhirnya mendapat maklumat yang dikatakan mereka itu tidak sahih.

“Apabila ada maklumat yang diberikan tak sahih, sebagai parti politik (yang membentuk) kerajaan menjadi tanggungjawab kami sebagai ahli parti untuk tidak melaporkan benda palsu,” katanya.

Armand Azha juga mendakwa mereka mahu menunjukkan contoh yang baik melalui pembatalan cadangan membuat laporan polis berkenaan.

“Kalau betul, kita lapor (dan) kalau tak betul (maklumat yang diterima) kita tak lapor,”

“Kita tak mahu mahu jadi macam beri (kepada polis) dokumen palsu. Selepas tu polis check (semak, didapati ia adalah) palsu, nanti nampak bodoh.

“Kita tak mahu pemimpin muda yang nampak tak bijak (sebab) nak jadi pemimpin (kita) kena bijak dan jangan keluarkan kenyataan kurang bijak,” katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan tempatan dan proksi sebuah gergasi korporat kerana didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Kata Armand Azha berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu menjadi penaja untuk “gerakan” menyingkirkan Najib.

Malaysiakini tidak menamakan pihak itu kerana masih berusaha mendapatkan reaksi mereka terlebih dahulu.
Bagaimanapun, kedua-dua individu terbabit diketahui rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi antara pengkritik paling utama kepimpinan Najib.

Taikun-taikun perniagaan itu menguasai pelbagai kepentingan perniagaan di negara ini, daripada projek pembangunan dan kompleks beli belah kepada hotel.

[Berita lanjut



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cRuIqs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.