Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone 7 Edisi Jet Black Menghadapi Kekurangan Stok Kerana Sukar Untuk Dihasilkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone 7 Edisi Jet Black Menghadapi Kekurangan Stok Kerana Sukar Untuk Dihasilkan

iPhone 7 dan 7 Plus versi Jet Black mendapat sambutan yang amat luar biasa dari peminat Apple. Kemasan berkilat seperti MacPro memberikan kelainan berbanding pilihan warna sebelum ini. Oleh sebab itu tidak mengejutkan Apple menghadapi kesukaran untuk memenuhi permintaan pengguna yang mendambakan versi ini. Menurut penganalisa di KGI Securities, ini berlaku kerana kesukaran menghasilkan kemasan berkilat untuk peranti ini.

Apple iPhone 7 Plus

Proses khas sembilan langkah yang digunakan menyebabkan 30 – 40 peratus kerangka yang dihasilkan gagal memenuhi standard yang ditetapkan oleh Apple. Ini ialah peratusan yang agak tinggi dan melambatkan proses penghasilan peranti. Berita baik bagi pengguna ialah Apple tidak memandang ringan tentang kualiti produk yang dihasilkan. Hanya kerangka yang paling sempurna akan digunakan sebelum dijual kepada pengguna. Berita buruk ialah sekiranya anda mahukan versi ini di Malaysia kelak, anda perlu menunggu lebih lama dari biasa.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d2fCnn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.