ADUN Bukit Serampang Juga Akan Keluar UMNO?
Setelah ADUN Jorak, Datuk Shahrudin Mohd Salleh keluar UMNO apabila diumum Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baru, seorang lagi ADUN dalam Parlimen Pagoh mewakili DUN Bukit Serampang, Hj Ismail Mohamed juga disebut-sebut akan keluar UMNO dan menyertai Bersatu tidak lama lagi.
Jika menjadi kenyataan, pengumuman mengenainya akan dibuat sendiri oleh Muhyiddin. Jika Shahrudin dilantik sebagai Setiausaha Agung bersatu, Ismail pula akan dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Johor seterusnya bakal Menteri Besar sekiranya berlaku perubahan kerajaan negeri.
Tindakan ini menyaksikan UMNO Pagoh lumpuh dengan tanpa seorang pun wakil rakyat yang mewakili parti tersebut. Impaknya begitu besar kerana belum pernah berlaku keadaan sama seumpamanya sebelum ini.
Ini satu perkhabaran yang gembira buat Pakatan Harapan kerana apa jua yang menjatuhkan UMNO adalah baik untuk kita.
Kita juga difahamkan, setelah kedua-dua ADUN ini keluar UMNO, UMNO Johor berada dalam keadaan yang kucar kacir dengan Menteri Besarnya Khaled Nordin diberitakan memanggil mesyuarat khas malam ini bagi membincangkan situasi semasa UMNO di negeri tersebut.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2d7DvqJ
Post a Comment