Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Di Mahkamah Akan Lambatkan Proses Persempadanan Semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Di Mahkamah Akan Lambatkan Proses Persempadanan Semula

 

Kes-kes mahkamah yang difailkan terhadap persempadanan semula mungkin menyaksikan proses berkenaan terpaksa ditangguhkan dan kemudiannya berakhir dengan ia tidak dapat dilaksanakan.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, persempadanan semula yang telah diumumkan pada 15 September lalu dan sehingga laporan mengenainya diserahkan kepada perdana menteri, mempunyai tempoh masa yang mesti disiapkan dalam dua tahun.

“Jika proses ini mengambil masa lebih daripada dua tahun – sebagai contoh, kes mahkamah ditimbulkan oleh kerajaan negeri Selangor atau (kumpulan reformasi pilihan raya) BERSIH atau mana-mana NGO lain, proses keseluruhannya boleh tertangguh.

“Penyerahan (laporan) kepada perdana menteri mungkin tertangguh kerana mahkamah akan memohon penangguhan ketika perbicaraan itu dan jika proses keseluruhan tidak boleh siap dalam tempoh dua tahun, ia perlu dimansuhkan.”

Proses persempadanan semula, oleh itu, perlu dimulakan sekali lagi kerana had melebihi dua tahun menjadikannya terbatal dan tidak sah.

“(Ini adalah) sesuatu yang saya harap akan berlaku,” kata ahli parlimen DAP pada perbincangan meja bulat mengenai persempadanan semula yang dianjurkan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) semalam.

Selain kes-kes mahkamah, selepas tarikh akhir untuk membuat bantahan pada 14 Oktober, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pendengaran awam di setiap negeri secara berasingan.

Tempoh pendengaran itu akan bergantung kepada jumlah bantahan yang diterima dan negeri-negeri lebih besar secara semula jadi akan mengambil masa yang lebih lama.

“Saya jangkakan Selangor akan menjadi antara negeri yang mempunyai paling banyak bantahan kerana jumlah perubahan yang besar,” kata Ong.

SPR akan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pusingan pertama pendengaran awam.

Seterusnya, pusingan kedua bantahan bermula selepas SPR menyemak semula cadangan persempadanan semula itu.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dCUtMO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.