Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembeli Kenderaan Pertama Mungkin Dikecualikan Daripada Cukai Eksais - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembeli Kenderaan Pertama Mungkin Dikecualikan Daripada Cukai Eksais

Golongan generasi muda di negara ini mungkin akan dikecualikan dari cukai eksais bagi pembelian kereta pertama mereka, menerusi pengumuman Bajet 2017, pada 21 Oktober ini, memetik laporan dari Sin Chew Daily dan Free Malaysia Today.

Sekiranya pengecualian itu dilaksanakan, golongan ini boleh berjimat sehingga RM2,000 bagi pembelian kereta pertama mereka.

Namun, pengecualian cukai eksais itu hanya terhad kepada model-model kereta tertentu yang akan disenaraikan oleh Jabatan Kastam, meliputi kereta nasional dan jenama kereta import.

Lapor Sin Chew, pengecualian itu membabitkan kereta yang mempunyai CC kecil dan mampu dibeli oleh anak muda. Langkah itu dipercayai hanya akan memanfaatkan kereta nasional dan pemasatang tempatan (CKD), bukannya kereta yang diimport sepenuhnya (CBU).

Ketika ini, kereta nasional, import, mahupun CKD akan dikenakan cukai eksais. Perbezaannya ialah, cukai untuk kereta nasional lebih rendah. Contohnya, Perodua Myvi dikenakan RM400.



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.