Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerangka PC Edisi Khas Coca Cola Ini Akan Membuatkan Anda Dahaga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerangka PC Edisi Khas Coca Cola Ini Akan Membuatkan Anda Dahaga

Membina kerangka rekaan sendiri ialah hobi yang pernah kami ceburi ketika di kolej. Pelbagai aksesori dibeli bagi memberikan keunikan pada PC peribadi. Apabila terdapat acara e-sukan di kolej, ia kemudian dipinjamkan kepada penganjur untuk menunjukkan kehebatan kustomasi diri. Sejak sudah bekerja hobi ini tidak lagi kami teruskan. Kos pembinaan PC dan tiada masa lapang menguburkan minat kepada hobi ini. Tetapi kami masih gemar melihat PC rekaan sendiri seperti di bawah.

maingear-coke-1Kerangka khas “Rush 1ofOne Coke eSports” ini direka oleh Maingear dengan kerjasama Coca Cola. Ia dibina menggunakan kerangka Rush Pro Maingear dengan beberapa kustomasi khas. Pertama sekali tempat simpanan cecair penyejuk PC ini dibuat daripada sebuah botol kaca Coca Cola. Sebuah lagi keunikan ialah kad grafik yang dipasang selari dengan papan induk. Spesifikasi Rush 1ofOne Coke eSports adalah seperti di bawah. Malang sekali kerangka ini bukan untuk dijual.

  • Papan induk EVGA X99 Micro 2
  • Pemproses Intel Core i7-6950X
  • Dua kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080
  • RAM 16GB of HyperX Fury DDR-2666
  • SSD Samsung 950 Pro 512GB M.2 NVMe





Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dJw6yZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.