Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aniaya Pengantin, Tribunal Tuntutan Pengguna Arah Bayar Ganti Rugi RM6,052 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aniaya Pengantin, Tribunal Tuntutan Pengguna Arah Bayar Ganti Rugi RM6,052

Aniaya Pengantin, Tribunal Tuntutan Pengguna Arah Bayar Ganti Rugi RM6,052

cater

Seorang pengantin baru dan pasangannya merasakan dirinya ditipu apabila pihak perkhidmatan pengantin dan katering yang dilantik gagal membuat persiapan yang baik.

Dikatakan bekalan nasi tidak mencukupi dan lauk basi, malah keluarga pengantin terpaksa menggantikannya dengan masakan sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam mengarahkan syarikat berkenaan membayar ganti rugi RM6,052 kepada kata pelanggannya itu, Saiful Azhar.

Ini selepas pihak katering itu gagal menyediakan makanan seperti yang telah dijanjikan.

Menurut Presiden TTPM, Wan Rufaidah Wan Omar berkata, Saiful berhak mendapatkan haknya semula kerana ia membabitkan hidangan makanan untuk tetamu.

Syarikat itu diarah membayar RM6,052.50, iaitu sebahagian daripada nilai yang terpaksa ditanggung oleh penuntut.

Ganti rugi itu perlu dibuat dalam tempoh 14 hari bermula semalam.

Syarikat berkenaan sepatutnya menyediakan makanan untuk 1,000 tetamu pada majlis perkahwinan Saiful pada 3 September lalu.

Pada perjanjian awal, mereka menempah nasi beriani, namun telah diganti dengan nasi minyak tanpa sebarang pengetahuan mereka.

Bekalan nasi pula terputus kira-kira jam 1 tengah hari dan syarikat katering memberitahu bahawa mereka tertinggal empat hingga lima tong nasi.

Selain itu, hidangan bubur pulut hitam dan ayam masak merah yang disediakan juga tidak boleh dimakan kerana sudah basi.

Selain makanan, syarikat yang sama juga bertanggungjawab menyediakan pelamin, meja makan beradab untuk empat pengantin dan khidmat fotografi dengan bayaran RM16,688.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Sri Muda pada 4 September dan memfailkan tuntutan di TTPM selepas gagal mendapatkan kerjasama daripada syarikat yang dilantik.

Majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Dewan Alamanda, Seksyen 20 Shah Alam.

Diharap selepas ini, pihak pengguna atau pengantin dapat membuat tuntutan sekiranya merasakan diri tertipu dengan pihak perkhidmatan pengantin. -PENMERAHDOTCOM

The post Aniaya Pengantin, Tribunal Tuntutan Pengguna Arah Bayar Ganti Rugi RM6,052 appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.