Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal Balas PKR: Syaitan Mana Dalam Jamban? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal Balas PKR: Syaitan Mana Dalam Jamban?

download-12

 

Setelah dibidas Pemuda PKR bahawa “biasanya yang duduk dalam jamban adalah syaitan”, pemimpin gerakan baju merah Datuk Jamal Md Yunos bertindak menyiarkan sekeping gambar di Facebook yang menyatakan beliau ‘bersetuju’ dengan kenyataan itu.

Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar sebaliknya meminta orang ramai untuk “melihat betul-betul” syaitan berkenaan.

“Cuba lihat betul-betul syaitan mana duduk dalam jamban.

“Setuju dengan kenyataan timbalan ketua Pemuda PKR. He, he, he,” tulisnya di Facebook hari ini.

Jamal merujuk kepada kenyataan PKR Afif Bahardin yang membidas tindakannya mengadakan sidang akhbar di dalam tandas lelaki di bangunan Umno Selangor di Shah Alam, semalam.

Jamal juga mencampak surat tuntutan permohonan maaf BERSIH ke dalam lubang tandas. BERSIH menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal mendakwa mereka diresapi militan IS.

Menurut Jamal, beliau tidak akan sesekali memohon maaf kepada BERSIH malah berjanji akan bertindak lebih agresif lagi dan menganggap tuntutan itu ibarat najis.

Gambar yang dimuatnaik oleh Jamal di Facebook miliknya hari ini dipercayai merujuk kepada dakwaan skandal seks di dalam tandas yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali oleh blog pro-Umno sekitar tahun 2012.

Azmin yang juga adalah menteri besar Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah yang bertujuan untuk mengaibkannya.

Afif pada sidang media hari ini berkata tindakan Jamal bertentangan dengan budaya Melayu.

“Saya melihat ini satu tindakan yang biadab dan tak mencerminkan budaya Melayu.

“Tindakan orang pembela rasuah. Imej perdana menteri ingin dipertahankan oleh orang macam Jamal.

“Itu tahap perdana menteri kita,” katanya.

Sehubungan itu, Afif menggesa polis mengambil tindakan terhadap Jamal dan kumpulan baju merah kerana mereka adalah ancaman kepada ketenteraman awam.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, pihak media disaran agar tidak lagi melayan atau memberi liputan kepada Jamal.

Ini kerana Jamal menggunakan gambar fitnah yang sering kali digunakan kepimpinan Umno apabila terdesak, ujar Shuhaimi.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dz2IKd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.