Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘BN Johor Hilang Majoriti Dua Pertiga’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘BN Johor Hilang Majoriti Dua Pertiga’

download-9

 

BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno.

Ini merupakan kali pertama kubu kuat Umno itu ditadbir tanpa majoriti dua pertiga, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.

“Komposisi ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor kini berubah selepas kenyataan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddn Yassin semalam mengenai pelantikan Datuk Sharuddin sebagai setiausaha agung,” katanya dalam satu kenyataan hari in.

Katanya, ekoran penyertaan bekas naib ketua Umno Pagoh itu dalam BERSATU, berdasarkan perlembagaan Umno, keahlian beliau dalam parti itu secara automatik telah gugur.

“Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37, manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor,” katanya.

Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.

Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan Shahruddin menyertai pembangkang, dan berkata beliau berharap mereka dapat bersama-sama mengembleng tenaga untuk menewaskan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dz2uCO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.