‘En. Azizan Osman, Terima Kasih Kerana Telah Mengecewakan Kami Semua’ – Khairul Ezuwan
Kepada En. Azizan Osman ,
Nama saya Khairul Ezuwan . Saya bukan siapa-siapa . Saya hanya insan kerdil yang tiada kelulusan hebat. Tiada Phd, Tiada Master, tiada Ijazah, tiada Diploma. Hanya sijil SPM menghiasi muka hadapan fail tebal saya yang penuh dengan sijil sukan & kokurikulum.
Saya sebelum ini adalah orang yang sangat kagum dengan anda, saya bukan kagum dengan darjat ‘Dr’ yang ada pada pangkal nama anda, Saya kagum dengan kemahiran anda dalam membuat program yang mampu mengubah ramai orang, dari zero to hero. Dari yang baik jadi lebih baik. Anda mempunyai satu aura luar biasa mempengaruhi minda orang ramai untuk jadi berjaya.
Saya belum lagi pernah menghadiri program yang anda anjurkan. Beberapa kali saya cuba mendaftarkan diri dalam IMKK tetapi tarikh selalu clash dengan program atau kerja saya. Saya sesekali hanya baca & tonton video motivasi anda. Anda cukup bagus pada pandangan mata saya.
Yuran yang mahal : Saya adalah orang yang tidak suka dengan program ilmu yang mencekik darah orang lain. Namun, saya nampak program anda berbeza. Walaupon mahal, tapi berbaloi bila seseorang itu dapat membuka Suis minda bawah sedar mereka, mereka mampu bawa keuntungan hingga berkali-kali ganda. Ada ramai orang mempertikaikan yuran mahal anda , nak tahu apa jawapan saya bila diminta berikan pendapat atas isu yuran anda tu. “Program tu ada banyak stage, ada yang paling murah, ada yang murah, ada yang sederhana mahal, ada yang mahal & ada yang sangat-sangat mahal. Kita sendiri perlu nilai kita dimana. Kalau business pon baru nak buka, ambil stage yang paling tinggi, buat personal loan untuk bayar yuran berpuluh ribu, Itu salah sendiri. Yang ambil stage yuran mahal tu biasanya memang mereka yang dah berjaya . Dah untung sejuta nak buat 10 juta. Kekuatan pada stage tersebut adalah inner circle & Networking dari Azizan Osman”. Saya baru bercadang untuk menghadiri IMKK pada bulan November ini tapi saya rasa tidak buat masa ni.
Dah lama saya lihat orang tembak anda kiri kanan depan belakang. Saya tak pernah ikut campur secara terbuka. Bagi saya, saya hanya nampak diri anda. Saya tidak pernah ambil tahu pon isu Phd anda tu. Namun kebelakangan ini hangat dipersoalkan semula tentang isu ‘Dr’ anda. Ada sesuatu yang saya tunggu dari jawapan anda tapi saya kecewa. Saya cuma menunggu anda mengaku kesilapan & memohon maaf pada orang ramai. Waktu itu saya yakin lebih ramai orang akan memaafkan dan lebih menghormati anda. Waktu isu ini mula berbangkit, saya nampak ada tanda positif bila profile anda melalui web www.irichworks.com dipadamkan semua gelaran ‘Dr’. Melalui tanda ini, saya mengharapkan anda buat pengakuan & memohon maaf secara terbuka. Hari ini sekali lagi saya sangat kecewa bila anda mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang masih mahu menegakkan benang yang sudah basah kuyup.
Kenyataan rasmi anda itu cukup mengecewakan saya bila mengesahkan mempunyai PhD Sains Metafizik dari Gordon University. Saya tidak menjumpai pon course berkenaan dalam web ‘Universiti’ tersebut. Keduanya menyatakan baru nak hadiri konvokesyen phd (Psikologi) Universiti Hertfordshire sedangkan ‘Dr’ tu anda dah guna lama. Ketiga yang paling mendukacitakan, pihak anda menyatakan “Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, Kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdaya oleh pihak-pihak yang bukan wakil daripada Universiti tersebut. Kami telah pon membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat”. Apa maksudnya kenyataan ini? Diperdaya? Kalau betul anda belajar & lulus, takde isu diperdaya. Kalau diperdaya, sila saman UM tu. Yang memperdaya ni biasanya adalah sindiket. Adakah anda berurusan dengan sindiket ini untuk dapatkan Ijazah Doktor Kehormat itu? Apa sandaran atas urusan dengan sindiket ini? Boleh Kami tengok kenyataan laporan polis tersebut? Semua kenyataan rasmi pihak anda ini hanya membelitkan lagi keadaan dan anda akan terperangkap dalam jerangkap sendiri.
Kalau sebelum ini saya lihat ada sinar untuk anda mengaku kesilapan & memohon maaf bilamana dalam web rasmi anda telah membuang semua gelaran ‘Dr’ dalam kenyataan profile. Hari ini saya lihat dalam web berkenaan title ‘Dr’ itu telah kembali semula diletakkan. You lost my respect.
En. Azizan Osman , jadilah seorang yang positif menangani krisis , Akui sahaja kesilapan dan memohon maaf. Berhentilah menegakkan benang yang basah. Maruah anda bukan lagi terletak pada ‘Dr’ itu lagi . Maruah anda sekarang terletak pada pengakuan rendah diri anda.
Sumber : Khairul Ezuwan
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment