Hello Roaming Menamatkan Perkhidmatan
Terdapat beberapa penyedia perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk pengguna mendapatkan kad SIM luar negara terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana. Hello Roaming merupakan salah satu daripadanya, dan telah beroperasi sejak awal tahun ini.
Melalui Hello Roaming sebelum ini, mereka membolehkan pengguna membuat pembelian kad-SIM mengikut negara, dan SIM tersebut akan dihantar kepada anda. Hello Roaming dimulakan dengan konsep dimana penawaran kad SIM akan lebih berharga murah berbanding dengan pengguna membuat perayauan data dan panggilan di negara yang dituju.
Walaubagaimanapun, kini nampaknya mereka sukar untuk menjana keuntungan, dan telah mengumumkan mereka akan berhenti beroperasi bermula daripada Oktober 2016 ini. Mereka turut mengatakan Hello Roaming gagal mendapatkan dana untuk terus beroperasi.
Untuk tempoh tiga minggu akan datang, Hello Roaming akan membantu pengguna mereka berpindah ke perkhidmatan baru. Bagi anda yang ingin bercuti ke luar negara, beberapa perkhidmatan alternatif lain yang turut disediakan adalah termasuk Wiyo, dan Travel Recommends. Tetapi ia lebih kepada menyewa Mobile-WiFi ketika anda ingin ke luar negara, dan cajnya sedikit tinggi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dxcHAN
Post a Comment