Maria Saman Jamal Kerana Kaitkan BERSIH Dengan IS
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mendakwa pertubuhan itu diresapi pengganas IS.
Saman berkenaan dikemukakan oleh peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Kata Surendran Maria tidak dapat hadir di mahkamah kerana sedang berada di Kedah menghadiri majlis berkaitan BERSIH.
“Pagi ini kami memfailkan saman sivil bagi pihak anak guam Maria ke atas Jamal Yunos.
“Maria menyaman fitnah Jamal kerana kata-kata yang diucapkannya pada sidang media di dua tempat berasingan minggu lalu.
“Pada sidang media itu Jamal mendakwa BERSIH diresapi IS dan tuduhan itu adalah jelas suatu fitnah pada pandangan anak guam kami,” katanya.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dz1XAM
Post a Comment