Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenali Dr Fauziah Hasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenali Dr Fauziah Hasan

Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu, Malaysia pada tahun 1957 dan menerima ijazah MBBS daripada University of Tasmania, Australia pada tahun 1982.

14500267_1128418430529154_4793368382442426714_oBeliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dan enam orang cucu. Beliau merupakan Fellow Royal College of Obstetrics and Gynaecology (United Kingdom) sejak tahun 2003 dan berkhidmat sebagai doktor pakar di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur sejak tahun 1997.

Beliau sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan, bermula sebagai Bendahari Persatuan Medical Relief Malaysia (MERCY Malaysia) (2000-2006) dan mengambil bahagian dalam misi untuk Kosovo (1999), Maluku Indonesia (2000), Afghanistan (2001, 2002,2003), Aceh (2005), Pakistan (2005) dan Gaza (2009).

Beliau kemudian aktif dalam Aqsa Syarif, NGO kemanusiaan Malaysia yang memperjuangkan isu-isu Palestin. Pada tahun 2015, Aqsa Syarif telah dikendalikan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) (MyCare), sebuah organisasi kemanusiaan melangkaui sempadan Palestin. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif dari tahun 2010 dan kini ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare.

Sejak 2011, beliau juga merupakan Penasihat Rose2Rose (R2R), satu lagi agensi dibawah MyCare yang mempunyai fokus memperkasakan wanita dan kanak-kanak.

Beliau telah mengetuai pelbagai kempen untuk melindungi ramai wanita dan kanak-kanak mangsa peperangan dan bencana di Palestin, Syria dan Rohingya, termasuk menganggotai satu misi ke Gaza pada tahun 2012.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.