Hi! Welcome Back and Stay Tune! Turki, Palestin Terkejut Melayu Nak Jatuhkan Kerajaan Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Turki, Palestin Terkejut Melayu Nak Jatuhkan Kerajaan Kelantan

images-4

 

Pemangku Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob dilaporkan memberitahu ada gerakan Islam di negara asing terkejut apabila “kerajaan Islam” Kelantan cuba dijatihkan oleh pemimpin Melayu.

Dipetik Harakahdaily Ahmad berkata wakil gerakan dari Turki dan Palestin terperanjat apabila dimaklumkan “kerajaan Islam” di negeri pantai timur berkenaan sedang cuba dijatuhkan.

“Mereka terkejut kerana tidak menjangka ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan,” katanya.

Kelantan yang sekali lagi dikuasai PAS sejak pilihan raya umum 1990 kini berdepan dengan pelbagai isu termasuk pembalakan.

Jika sebelum ini kerajaan Kelantan diserang oleh parti BN, kali ini kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat mengubah suasana itu.

BN sendiri dilihat tidak lagi aktif menyerang PAS.

Beberapa tokoh PAS Kelantan sudah meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno, termasuk bekas speaker DUN Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan bekas exco kanan negeri Datuk Husam Musa.

Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata pihak terbabit sedang menjalankan gerakan bagi melemahkan kerajaan negeri.

Kenyataan itu dibuat ketika Ahmad menghadiri ajlis pecah tanah bangunan baru PAS Gua Musang semalam.

Di bawah tajuk “Pemimpin Melayu mahu jatuhkan kerajaan Islam”, Harakahdaily bangunan berkenaan dibina dengan kos kira-kira RM1.5 juta di atas tapak seluas hampir seekar.

Wakil gerakan Islam Palestin dan Turki dikatakan melawat Ahmad baru-baru ini.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cW7qnh

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.