Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi lahir dalam lif Hospital Umum Sarawak selepas ibu terperangkap satu jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi lahir dalam lif Hospital Umum Sarawak selepas ibu terperangkap satu jam

KUCHING: Setiap ibu pasti tidak dapat melupakan pengalaman indah melahirkan bayi kesayangan mereka.

Tetapi pengalaman yang dilalui Zuriada Nasikin, 18 tahun dari Kampung Sejaie Masjid, Sadong Jaya lebih istimewa kerana beliau melahirkan bayi sulungnya di dalam lif Hospital Umum Sarawak, selepas terperangkap hampir satu jam.

Menurut Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, insiden berlaku pada awal pagi 6 Oktober lalu ketika Zuriada menunjukkan tanda-tanda bersalin dan dibawa ke bilik bersalin.

“Bagaimanapun keadaan menjadi kelam-kabut apabila lif tersebut tiba-tiba rosak, menyebabkan mangsa dan dua jururawat yang mengiringnya terperangkap.

“Dalam tempoh sejam menunggu untuk diselamatkan itu, jururawat terbabit sempat menjadi ‘bidan’ kepada kelahiran bayi tersebut,” katanya.

Farhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 4.27 pagi dan sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan 1 anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

“Tiba dalam tempoh tiga minit, pasukan membuka sedikit pintu lif dengan menggunakan besi cangkuk bagi tujuan memberi pengudaraan kepada mangsa yang kepanasan.

“Lif bagaimanapun berjaya dibuka tidak lama kemudian dengan menggunakan kunci dan mangsa segera diberi rawatan oleh jururawat yang bertugas, serta diperiksa oleh pegawai perubatan.

Difahamkan, ia merupakan kejadian yang pertama seumpamanya berlaku pada tahun ini di hospital terbabit dan bayi lelaki dengan berat 2.5 paun dilaporkan selamat. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.