13 Tip Buat Anda Yang Merancang Travel Ke New York, USA
Ini saya kongsikan beberapa tip dan info penting jika anda merancang untuk ke New York, USA :
1. Ada beberapa airlines yang selalu offer murah terbang ke New York : China Eastern Airlines, China Southern Airlines, Qatar Airways dan Kuwait Airways. Saya dapat grab tiket pergi balik KL-NYC USD440 sahaja.
2. Situasi terkini selepas Donald Trump berkuasa masih tiada apa-apa perubahan yang ketara, rakyat marhaen hidup seperti biasa. Jadi tidak perlu risau dan gusar untuk datang mengembara ke Amerika.
3. Mungkin kita nampak di media diskriminasi agama dan kaum sangat teruk di Amerika, realitinya tidak begitu. Hanya segelintir manusia sahaja, mungkin hanya 2% sahaja dari keseluruhan penduduk di Amerika yang rasis dan bencikan Islam.
Wanita muslim berhijab bebas bekerja di pejabat, di cashier pasaraya dan ramai wanita arab berpurdah yang datang melancong ke sini tanpa sebarang masalah. InshaAllah selamat. Ringkas cerita, di Amerika masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
4. Elakkan guna kereta jika travel dalam bandar New York, kerana kos parking sangat mahal, banyak tol dan tidak fleksibel. Untuk lebih penjimatan, beli kad MTA pass 7 hari, boleh guna unlimited public transport selama 7 hari 7 malam, harga usd30.
5. Manakala jika anda merancang untuk pergi berjalan keluar dari New York, sewa kereta merupakan satu pilihan yang terbaik dan murah berbanding naik pengangkutan awam seperti bas dan keretapi.
6. Jika anda punya waktu yang singkat, travel dalam satu kumpulan 3-5 orang sangat menjimatkan berbanding travel secara solo. Anggaran kos sewa kereta satu hari USD35, kalau ada 5 orang sangat jimat.
7. Purata harga penginapan USD25 – USD40 seorang/malam (private & shared room). Boleh guna AirBnB.
8. Sekiranya anda ingin membeli makanan halal di kiosk tepi jalan terutamanya di area Manhattan, pastikan kiosk tersebut mempamerkan tanda harga yang jelas, elakkan dari membeli di kiosk yg tiada tanda harga, silap hari bulan anda akan dipancung dengan harga yang mahal.
9. Untuk lebih banyak pilihan makanan halal dan murah, boleh pergi ke kawasan Jackson Heights dan Queens.
10. Visa pelancong untuk rakyat Malaysia masih boleh dimohon, tiada sebarang sekatan oleh presiden baru Donald Trump, untuk info lanjut dan terkini boleh hubungi kedutaan Amerika di Ampang KL.
11. Ada satu syarikat bas yang menawarkan harga tambang murah, harga yang ditawarkan ikut siapa cepat dia dapat, contoh harga tiket bas dari New York city ke Albany boleh dapat dengan harga USD3 sahaja. Syarikatnya beroperasi di tepi jalan, tidak masuk dalam stesen bas utama. Boleh cek dalam laman web ini : www.wandacoach.com.
12. Sistem jalan di New York dan bandar-bandar lain menggunakan sistem Grid, setiap satu blok bermakna bergerak satu huruf atau nombor dari tempat kita berdiri. Contoh, mereka akan guna 2 blocks from here, 3 blocks from here, semua guna pertembungan nombor dan huruf (contoh : 11th & H). Lagi cepat anda mahir lagi senang untuk anda mencari bangunan atau tempat yang nak dituju.
13. Mungkin ada yang bertanya berapa hari cukup untuk jalan-jalan sekitar New York state? Bagi saya, jika anda betul-betul ingin teroka New York state, peruntukkan masa paling kurang 2 minggu.
Dalam tempoh 2 minggu anda boleh tour satu bandar New York, boleh pergi ke Niagara Falls, pergi White House di Washington DC dan banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar New York state.
Semoga bermanfaat.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment