Hi! Welcome Back and Stay Tune! MB Perak Dinasihatkan Tak Perlu Berlakon, Tumpukan Pada Isu Sebenar Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MB Perak Dinasihatkan Tak Perlu Berlakon, Tumpukan Pada Isu Sebenar Rakyat

Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menyamar sebagai pekerja pembersihan sampah tidak kurang mendapat publisiti media.

Beliau, semalam menyertai pekerja am Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap di beberapa kawasan di Buntong, dekat sini.

Namun, di sebalik ‘lakonan’ itu, Zambry dinasihat supaya mengutamakan kebajikan kakitangan awam negeri Perak khususnya pekerja bawahan yang semakin terhimpit dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dibawah pentadbiran Zambry selama 8 tahun, kedudukan negeri Perak telah merosot menjadi negeri kedua paling miskin di Malaysia.

Ia dikuatkan dengan fakta bahawa lebih 21 peratus rakyat Perak berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan malah mencatat rekod mempunyai jumlah keluarga miskin yang paling ramai di seluruh negara.

“Mengikut laporan Jabatan Perdana Menteri, 120,000 buah isi keluarga di Perak mempunyai pendapatan kurang dari RM2,300.00, jumlah bilangan ini adalah jumlah yang paling ramai diseluruh Malaysia.

“Sebagai ketua kepada kerajaan negeri, Zambry wajib memikul tanggungjawab menjaga dan membela kebajikan penjawat awam khususnya pekerja-pekerja bawahan yang berpendapatan rendah seperti pekerja tukang sampah yang kini terhimpit dengan kenaikan harga pelbagai barang dan cukai GST.

“Tindakan Menteri Besar menyamar sebagai pekerja mengangkut sampah menunjukkan Zambry sudah hilang fokus dan tidak peduli kebajikan rakyat sebaliknya hanya ghairah untuk mencari publisiti murahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Taiping itu menyarankan supaya Zambry berhenti bersandiwara yang kini menjadi bahan ketawa rakyat negeri itu.

“Sebagai Menteri Besar, beliau harus mengikut teladan baik kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

“Kedua-dua kerajaan negeri ini berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan baik dan secara berhemah sehingga memberi bonus rekod 1.5 bulan dan dua bulan kepada penjawat awam negeri itu manakala kakitangan awam di negeri Perak hanya menerima sekadar RM500.00 sahaja,” gesa Nga yang juga Penolong Bendahari DAP Kebangsaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor juga telah mengecualikan bayaran cukai pintu untuk rumah kediaman di kampung tradisi Melayu, kampung baru, rumah kos rendah dan rumah pangsa.

“Pakatan Harapan menuntut supaya Zambry mengemukakan langkah-langkah kerajaan untuk menambah pendapatan kakitangan awam khususnya pekerja bawahan di negeri ini.

“Cukuplah dengan sandiwara dan wayang kulit yang tidak membawa manfaat kepada rakyat,” katanya lagi.

The post MB Perak Dinasihatkan Tak Perlu Berlakon, Tumpukan Pada Isu Sebenar Rakyat appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.