Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak² Ini Disangka Ahli Sihir Lalu Dibuang Keluarga. Selepas Diselamatkan Keadaannya Kini MENGEJUTKAN !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak² Ini Disangka Ahli Sihir Lalu Dibuang Keluarga. Selepas Diselamatkan Keadaannya Kini MENGEJUTKAN !!!

Kanak² Ini Disangka Ahli Sihir Lalu Dibuang Keluarga. Selepas Diselamatkan Keadaannya  Kini MENGEJUTKAN !!! | AFRIKA – Seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kelaparan dan dibiarkan mati oleh ibu bapanya kerana menyangka dia sebagai ahli sihir pada tahun 2016, kini dilaporkan telah sihat sepenuhnya dan ceria ketika menghadiri hari pertamanya di sekolah.

Kanak-kanak malang itu yang dikenali sebagai Hope sebelum ini pernah menarik perhatian seluruh dunia selepas dia ditemui oleh seorang pekerja amal dalam keadaan kurus, berbogel dan perutnya penuh dengan cacing selepas ditinggalkan.

Hope kini dilaporkan telah pulih dan sihat seperti kanak-kanak yang lain, juga sudah bersedia untuk menjalani alam persekolahan dengan seragam merahnya itu.

Lapor Daily Mail, Hope dibuang oleh keluarganya kerana mereka menyangka dia adalah ahli sihir dan ditemui di jalanan oleh Anja Ringgren Loven, warganegara Denmark yang tinggal di Afrika, pada Januari 2016.

Setelah genap setahun, Loven memuat naik gambar sebelum dan selepas yang menunjukkan dia memegang botol air dan memberi kanak-kanak itu minum.

Difahamkan, sejak kanak-kanak itu ditemui, Loven mengambilkan masa selama lapan bulan untuk memulihkan kembali keadaan Hope. Selepas penemuan pertama itu, Loven kemudian membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hope diberikan ubat cacing untuk membuang cacing dalam perut dan menjalani pemindahan darah setiap hari bagi menambah lebih banyak sel darah merah dalam badannya.

Dua hari kemudian, Loven meminta sumbangan dari orang ramai bagi menanggung kos perubatan Hope yang mahal dan dia menerima satu juta dolar hasil sumbangan orang ramai dari seluruh dunia.

Dalam lapan minggu kemudian, Hope semakin pulih dan berat badannya semakin bertambah selain sudah mampu tersenyum dan bermain dengan rakan-rakannya.

Loven adalah pengasas Yayasan Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Afrika yang ditubuhkan tiga tahun lalu bagi membantu kanak-kanak yang dilabelkan sebagai ahli sihir, diabaikan atau dibunuh oleh komuniti mereka sendiri.

“Beribu kanak-kanak dituduh sebagai ahli sihir dan kami banyak melihat penyeksaan kanak-kanak, mayat kanak-kanak dan kanak-kanak yang ketakutan,” tulisnya di Facebook.

“Dengan hasil sumbangan orang ramai, disamping memberi rawatan yang terbaik untuk Hope, kini kami juga membina sebuah klinik dan boleh menyelamatkan lebih ramai lagi kanak-kanak dari menjadi mangsa penderaan,” katanya.

Loven juga mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak yang diselamatkan olehnya dan memberi rawatan, makanan dan pendidikan kepada mereka.

Dia dan suaminya, David Emmanuel Umem, mula membina rumah anak yatim mereka sendiri pada akhir Januari tahun lalu dan sering berkongsi perkembangan aktiviti mereka di media sosial. Kini mereka mempunyai banyak pengikut di media sosial.

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

The post Kanak² Ini Disangka Ahli Sihir Lalu Dibuang Keluarga. Selepas Diselamatkan Keadaannya Kini MENGEJUTKAN !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2l2rGHI


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.