Hi! Welcome Back and Stay Tune! Galaxy Tab S3 Dikatakan Akan Hadir Dengan Sokongan S-Pen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Galaxy Tab S3 Dikatakan Akan Hadir Dengan Sokongan S-Pen

Samsung sedia menjadualkan acara media pada 26 Februari ini bersempena dengan Mobile World Congress, dan pada acara berkenaan, mereka dijangka memperkenalkan Samsung Galaxy Tab S3. Terkini, info lanjutan hadir ke arena web, mengatakan Samsung mungkin turut menawarkan sokongan S-Pen pada Galaxy Tab S3 ini.

Walaubagaimanapun, ia tidak akan disertakan bersama seperti siri Note, sebaliknya pengguna perlu mendapatkan ia sebagai sebuah aksesori berasingan.

Sekiranya benar, maka tablet ini mungkin menjadi salah satu tablet yang diminati mereka yang suka mencatatkan nota atau melakar menggunakan stylus.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah variasi Galaxy Tab S3 akan diperkenalkan. Ia dikatakan salah satunya adalah bersaiz 9.6-inci dengan paparan 2048×1536 pixel, cip Snapdragon 820, memori 4GB RAM, dan menjalan Android 7.0 Nougat.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kpJb1u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.