Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi 2 Bulan Maut Dikelar Ibu Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi 2 Bulan Maut Dikelar Ibu Sendiri

KOTA BHARU – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai dikelar oleh ibunya sendiri di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, petang tadi, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa berkenaan dipercayai dikelar di leher oleh ibunya yang berusia 32 tahun dengan menggunakan pisau pemotong sayur. 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Sr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas tilam di ruang tamu kediaman mereka dan kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang menghubungi polis untuk tindakan lanjut. 
“Sebaik tiba di lokasi kejadian. suspek masih berada di ruang tamu manakala mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah. 
“Difahamkan ketika kejadian, dua anak suspek berlari keluar dari rumah selepas melihat kejadian itu, manakala suaminya keluar ke kedai. 
“Kita percaya, mangsa mungkin mengalami gangguan emosi dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya. 
Suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. – The Reporter






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.