'Kami Tak Mampu Beli Rumah, Jadi Kami Letak Rumput Karpet Pada 'rumah' Abah'
Bila kali terakhir anda bertemu, berbual atau mengembirakan hati ibu bapa anda? Semenjak sudah berkeluarga atau mempunyai kehidupan sendiri, pastinya sudah lama tidak menemui mereka. Namun, jauh di hati mereka terbitnya rasa rindu pada anak-anak. Yang dahulunya merekalah yang melayan segala kerenah kita dan adik beradik.
Baca luahan lelaki ini, dia sanggup mencantikkan ‘rumah’ ayahnya yang sudah meninggal dunia. Luahannya itu mendapat banyak perkongsian di media sosial dan sekaligus membuka mata ramai netizen akan pentingnya menghargai ibu bapa masing-masing sementara mereka masih ada.
Oleh Faizul Ezmin
Dear Abah,
Pertamanya, sorry bah. Eman dah terpengaruh dengan trend budak-budak zaman sekarang yang segala mak nenek nak update di wall Facebook. Tapi bah, kalau tak update di Facebook, takkan nak lukis di dinding rumah pula, kan?
Keduanya, masa abah hidup, kami jarang sangat nak tengok abah di Bote. Tambah-tambah budak dua orang ini, cukup liat nak tengok abah. Tapi Alhamdulillah bah, nak ajar bersih kubur, buat kubur, sekali ajak saja terus ikut.
Ketiganya, kami memang tak mampu nak belikan rumah untuk abah. Jadi kami buat keputusan, takkanlah abah dah meninggal pun kami tak mampu nak melawakan ‘rumah’ abah? Jadi kami letak rumput karpet sebab orang alim ada kata bah, setiap helai daun itu akan berzikir untuk si mati. Tak tahulah bah, hadis sohi ke, dhaif ke, maudu. Tapi kalau sohih bah, ini dah macam ‘life hack’ sebab kami pilih rumput karpat. Berapa banyak daun itu kan, bah?
Lagipun hispter sikit bah design ini sebab jarang orang Melayu buat. Lagipun bah, ada khilaf tentang binaan atas kubur. Jadi kami jauhi khilaf itu dan biarkan kubur abah jadi paling hijau di kawasan perkuburan itu.
Keempatnya, saja Emen pilih rumput karpet dan pokok hidup sebab Ewan dan Pejey kena datang untuk trim pokok-pokok itu dan tabur baju setiap bulan mereka turun dari Cameron. Jadi nak tak nak, mereka kena lawat abah juga, kan? Bijak tak, bah? Hehe!
Kelima, Emen sengaja update di wall Facebook ini, bah. Sebab kami doakan abah sekarang di syurga. Jadi abah boleh minta handphone untuk baca dan like post ini, bah. Dah tak ada orang nak hubungi kami setiap lima minit untuk tanya tentang cuaca hujan ke tak, dah makan ke belum. Hmm.. Emen dah jadi bapa kepada Humaira baru tahu perasaan rindu pada anak itu macam mana.
Hmm.. okay bah, ini saja yang kami mampu lakukan selain doa dan sedekah Al-Fatihah pada abah.
Yang masih hidup, ada ibu bapa itu, kalau mereka menghubungi anda, itu bermakna mereka rindu. Jadi ambillah cuti. Duit banyak-banyak pun bukan boleh tabur atas kubur mereka nanti. Pesanan ini untuk diri sendiri juga.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment