Sentiasa Menanti Hari Jumaat? Segeralah Berubah
Dunia dan permasalahan yang dilalui membuatkan seseorang rasa bosan dan ingin segera berubah. Namun, pada bila anda harus segera mengubah hidup?
Kerana hidup terlalu singkat untuk melakukan hal-hal yang tidak anda sukai, segeralah berubah ke kehidupan yang diinginkan. Mulai dari pekerjaan, persekitaran, dan kawan-kawan. Jika anda sudah kerap rasa pekara di bawah ini, bermakna anda harus segera mengubah arah hidup, diolah dari Lifehack.
Menunggu hari Jumaat
Setiap minggu, anda selalu menunggu datangnya hari Jumaat. Hari Jumaat memang baik kerana ertinya anda akan dapat mempunyai masa untuk bersama dengan keluarga dan orang-orang yang dicintai. Tetapi, jika anda selalu menunggu hari Jumaat, ini kerana anda tidak menyukai pekerjaan yang anda miliki ketika ini. Ini masanya anda mengubah cara kerja supaya lebih menyenangkan, atau anda perlu mencari pekerjaan lain yang sesuai dengan minat.
Hidup hanya untuk bercuti
Cuti memang bagus dan menyenangkan, tapi bukan bererti anda harus melakukannya setiap minggu. Apalagi jika kewangan anda tidak menyokong. Daripada bertanya-tanya kapan percutian berikutnya, ini masanya anda mengatur kehidupan yang lebih baik supaya tidak merasa perlu melarikan diri dari kehidupan. Nikmati setiap hari dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Tidak fokus pada keutamaan
Apabila anda sudah tidak boleh fokus pada keutamaan hidup, tuliskanlah kembali tiga perkara yang menjadi keutamaan anda. Kemudian fokuslah menghabiskan masa untuk melakukan apa yang paling penting dalam hidup anda. Kerana, ini akan membantu anda rasa puas dalam hidup.
Apabila anda rasa iri hati pada orang lain
Rasa iri hati memang wajar dirasakan setiap orang. Tetapi, jika rasa iri hati itu datang setiap hari, ada yang tidak kena dalam diri anda. Ketika rasa iri hati, pertimbangkanlah apa yang membuat anda begitu iri hati. Fokuslah pada keutamaan anda dengan kekuatan dan keghairahan. Ini akan memberi lebih banyak rasa kepuasan bagi diri anda berbanding cuba menjadi orang lain.
(nip)
The post Sentiasa Menanti Hari Jumaat? Segeralah Berubah appeared first on Aliff Channel.
Sumber : Aliff Channel
http://ift.tt/2l0yR2Y
Post a Comment