Semua Taman Awam, Taman Negara & Taman Negeri Diwartakan Tempat Larangan Merokok Bermula 1 Feb – KKM
Semua taman awam, taman negara dan taman negeri diwartakan sebagai kawasan larangan merokok bermula 1 Februari tahun ini, kata Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
“Bagi maksud perwartaan Taman-Taman Awam, semua kawasan di Taman Awam adalah dilarang merokok kecuali tempat letak kereta terbuka manakala bagi Taman Negara dan Taman Negeri, tiga tempat utama yang menjadi tumpuan orang awam iaitu menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi adalah dilarang merokok.” tulis kenyataan itu.
“Selaras dengan pewartaan ini, Peraturan 21 iaitu peruntukan bagi hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka dengan keluasan satu pertiga kawasan merokok adalah dimansuhkan.
Selain itu kenyataan itu juga berkata semua restoran berhawa dingin adalah seratus peratus kawasan bebas merokok dan mereka yang melakukan kesalahan (merokok di kawasan larangan) akan didenda RM10,000.
“Ini bermakna semua restoran berhawa dingin adalah seratus peratus kawasan bebas merokok. Penambahan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11 dan pemansuhan Peraturan 21 PPKHT 2004 bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok.
“Bagi mereka yang melakukan kesalahan ini akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.” tulisnya.
Sumber: KP Kesihatan
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment