Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘American Made Burger’ Di Mustafa Jones Burger Memang Awesome - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘American Made Burger’ Di Mustafa Jones Burger Memang Awesome

Pertama sekali, maaf kerana buat anda terliur dengan gambar burger yang merecik di atas. Masalahnya, ianya memang ternyata power! Mustafa Jones Burger ini diusahakan oleh brother Mustafa, seorang lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat bersama isterinya, Molly.

Aduh, macam mana nak mula ini. Ok kita bermula dengan bagaimana saya tahu berkenaan Mustafa Jones Burger ini. Dalam dua atau tiga tahun lepas, saya tahu beliau ada membuka kedai di Warung Kayu Manis, Taman Melawati. Setiap kali saya mahu ke sana, ianya sama ada tutup atau saya tak sempat ke sana. Jadi sampai lah 2017, saya tak sempat pun untuk merasa sendiri kehebatan Mustafa Jones Burger.

Hanyalah semalam baru saya berkesempatan untuk merasai burger legendary ini. Bagaimana rasanya? Aduh, nikmat sungguh! Brother Mustafa sudah mempunyai 25 tahun pengalaman dalam industri F&B dan semestinya setiap menu yang ada di sini disiapkan dengan penuh heart & soul. Setiap burger dan steak yang ada di sini semuanya adalah resipi brother Mustafa sendiri dan dibuat secara home made.

Jadi kami try dua menu; satu beefburger dan satu beef ribs sandwich. Rasanya memang Masya Allah, sedap sungguh! Patty burger dipanggang dengan rapi dan memang rasa sungguh daging dia. Itu beefburger. Yang Beef ribs sandwich ni pula lagi awesome. Tahu bahagian ribs lembu? Daging tu dicarikkan dan dijadikan burger. Allahu, sedap sungguh sebab ianya dipanggang dengan sos BBQ yang memang fantastic. Yang jadikan burger ni lebih sedap, kami tambah keju dan beef bacon. Terus tambah kesedapan burger ini 100%.

Kami sempat bertanya tentang resipi yang brother Mustafa gunakan ini. Ianya resipi grilled dari kawasan Arkansas, selatan Amerika Syarikat. Jadi mereka memang pakar dalam urusan panggang dan BBQ ini. Ada rasa masam dalam burger ini kemungkinan besar dari mustard. Jadi kalau anda tak suka mustard boleh request untuk tidak letak mustard dalam burger anda. Dari segi harga pula, ianya sangat berpatutan dengan portion yang anda dapat.

Harga untuk menu di Mustafa Jones Burger. Berbaloi!

Kepada anda yang nak rasa real authentic burgers and steaks prepared by a real American, anda kena serbu Mustafa Jones. Brother Mustafa ada kata rasa macam Tony Roma’s. Tapi saya potong jari kata di sini lagi sedap dan lebih afforable. Tony Roma’s overpriced dan ada service charge. Di sini tak tidak. semuanya dimasak dengan dengan penuh kasih sayang tanpa cas tambahan. Tak perlu pergi Amerika nak cuba burger di sana, Mustafa Jones ada.

Kalau anda nak cuba, mereka ada di depan Giant Taman Permata,Ulu Kelang setiap hari selasa hingga Sabtu dari jam 8 malam higga 11 malam. dan kadangkala di TAPAK,KL pada hari Ahad. Kami pun akan repeat dengan team Vocket Makan untuk rakam video dalam masa akan datang. Brother Mustafa, kamu tunggu kami terjah lagi sekali!

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.