Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita cuba buang bayi, tapi kantoi dengan percikan darah kat cermin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita cuba buang bayi, tapi kantoi dengan percikan darah kat cermin

Wanita cuba buang bayi, tapi kantoi dengan percikan darah kat cermin

Awal bulan lepas kami ada terjumpa dengan satu keratan akhbar ni mengisahkan tentang beberapa anggota polis yang terjumpa seorang bayi di dalam longkang kat pejabat Plaza Tol Bukit Mertajam.

Yang sedihnya masa bayi tu ditemui, anggota polis perasan seorang wanita sedang mengelap cermin tandas yang dipenuhi dengan darah. Brader polis tu pun pergi soal siasat wanita tu, mula-mula dia kata darah tersebut datang daripada kawan yang kena buasir tapi last-last dia mengaku bahawa dia baru lepas bersalin.

Ni lah bayi yang ditemui kat longkang tu. Gambar dari Berita Harian Online.

Walaupun benda ni kita dah jarang dengar, masalah pembuangan bayi ni masih lagi berlaku. Dr John Teo menulis dalam Free Malaysia Today kata kat Malaysia je, purata 100 bayi dibuang setiap tahun dan lebih setengah daripada bayi ni meninggal ketika ditemui :(

Apa yang menyumbang kepada banyaknya kes buang bayi ni? Mengikut Kajian Penduduk & Keluarga Malaysia 2014, sebanyak 4.8% remaja di Malaysia pernah melakukan hubungan seks, tapi lebih kurang 65% daripadanya tak guna kondom!

Ada beberapa usaha yang dilakukan untuk kawal kes-kes macam ni seperti pendidikan seks tapi tak mendapat sambutan atau pencapaian yang diharapkan. Jadi untuk artikel ni SOSCILI cuba lihat cara-cara alternatif kalau seseorang tu dah terlanjur dan apa yang boleh dibuat selain buang bayi kat tepi jalan.

1. Hantar ke pusat khas yang menjaga bayi buang

Terletak kat Kampung Tunku Petaling Jaya, OrphanCare merupakan sebuah rumah anak yatim di mana ibu bapa boleh tinggalkan bayi yang mereka tak mampu nak jaga, tanpa dikenali.

Malah ada ibu yang letak bayi mereka kat OrphanCare tukar fikiran dan datang ambil balik anak masing-masing. Cuba bayangkan kalau anak tu dibuang kat tepi longkang dan meninggal, menangis air mata darah pun tak guna nanti. So lebih baiklah dihantar ke baby hatch.

“Ada sesetengah ibu yang menyesal tinggalkan anak mereka dan kemudiannya datang untuk ambil balik” – Nor’aini Hashim, dipetik daripada The Sun Daily.

Ni lah baby hatch. Gambar dari dfianalysis.blogspot.my

Tapi OrphanCare sebenarnya lebih suka kalau si ibu datang berbincang sebelum buang anak macam tu je. Dorang kata kebanyakkan yang datang merupakan mangsa rogol mahupun golongan yang terlanjur, jadi untuk lari dari cemuhan masyarakat, ibu-ibu ni sering panik dan terus buang kat tepi jalan.

Salah satu inisiatif OrphanCare adalah menyediakan tempat tinggal untuk ibu yang sedang sarat mengandung. Dorang juga ada program yang mengajar ibu bapa macam mana nak jadi parents. Bukan tu je, OrphanCare punn ada bagi kaunseling serta nasihat bagi ibu bapa yang ingin menyerahkan bayi untuk dibuat sebagai anak angkat.

Kat situ lah tempat nak tinggal bayi. Ia hanya boleh dibuka dari dalam bagi memastikan takde orang lain boleh ambil. Gambar dari unimagined.typepad.com

Hasil kerjasama OrphanCare bersama Kementerian Wanita dan Keluarga, mereka berjaya memberi 134 bayi kepada keluarga angkat dan meyakinkan 82 ibu untuk ambil semula bayi mereka selepas kena kaunseling. Sekarang ni OrphanCare turut bekerjasama dengan hospital-hospital KPJ untuk menyediakan lebih banyak Baby Hatch. Malah menurut CEO KPJ Penang Specialist Hospital, hukuman undang-undang takkan dikenakan terhadap ibu-bapa:

“Sesiapa yang meninggalkan bayi akan dirahsiakan identiti mereka. Apa yang penting adalah bayi itu selamat.” – Abdul Aziz Abdul Rahman, CEO KPJ Penang Specialist Hospital,

Baby Hatch kat hospital KPJ. Gambar dari says.com

Tapi OrphanCare sendiri mengingatkan yang mereka sepatutnya dijadikan langkah terakhir. Of course, OrphanCare tak sunyi daripada kritikan termasuklah yang mengatakan dorang ni menggalakkan seks bebas dan didakwa gagal menyelesaikan masalah buang bayi.

So kalau tak boleh nak letak kat Baby Hatch, nak letak kat mana?

2. Serahkan bayi kepada keluarga angkat

Alternatif seterusnya adalah pemberian bayi tersebut kepada keluarga angkat tapi pastikan bayi yang diberi tu melalui proses yang mematuhi undang-undang. Sebab terdapat kes di mana bayi yang kononnya pergi ke keluarga angkat akhirnya di jual (salah dari segi undang-undang ye!).

Zizie Ezette angkat anak angkat dia. Gambar dari Rotikaya.com

Dalam pemgambilan anak angkat, OrphanCare sangat memetingkan ibu bapa untuk kasi dokumen penting bayi supaya senang nak diberi kepada keluarga angkat. Perkara ni dipersetujui oleh Kementerian Kebajikan, Wanita, dan Pembangunan Luar Negeri  dimana menterinya telah berkata dengan pendaftaran anak di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) akan memudahkan masa depan bayi tersebut.

“Kita memberi perhatian serius terhadap isu kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah dan menasihatkan ibu kepada anak berstatus ini supaya mendaftarkan kelahiran bayi mereka.

Ini kerana sijil kelahiran yang diperoleh nanti akan membolehkan bayi terbabit mendapat status warganegara iaitu penting untuk memudahkan mereka mendapat kemudahan dan kebajikan” – Kementerian Kebajiakan, Wanita, dan Pembangunan Luar Negeri, interview dengan Utusan.

Untuk yang Islam pula, pendaftaran sebagai anak angkat adalah penting. Ini kerana Islam mementingkan identiti original anak angkat tersebut supaya dia dapat kenal siapa keluarga sebenar dan siapa keluarga angkat, dan juga bagi mengelakkan sebarang perkahwinan antara pertalian darah berlaku.

Selain daripada tu, pendaftaran akan memberikan anak angkat tu status sah sebagai warganegara Malaysia dan membenarkan mereka untuk diberi harta wasiat dari padakeluarga angkat. Walaupun dalam Islam semua harta akan jatuh kepada anak kandung, anak angkat tetap boleh dapat sebahagian kalau di letak kat dalam wasiat tersebut.

Imej dari memeful.com

Jadi kalau dah betul tak nak baby tu, hantar lah ke tempat yang sepatutnya seperti Baby Hatch atau rumah anak yatim. Sekurang-kurangnya bayi tu ada peluang untuk hidup dan tinggal bersama keluarga angkat. Dan jika diantara korang berminat nak ambil anak angkat, boleh tengok terma dan syarat kat sini.

Tapi apa je status bayi yang kena buang ni, lagi-lagi yang lahir secara senyap atau bersendirian…

3. Daftarkan bayi tersebut untuk surat beranak

Gambar dari depositphotos.com

Walaupun dalam statistik kes buang bayi ni takde menerangkan pecahan kaum, pihak polis kata berdasarkan pengalaman dan hukuman yang dijalankan, nama bapa akan ditukar kepada Abdullah yang boleh menyebabkan anak tu dipandang hina seumur hidup. Namun begitu, pendaftaran ini masih sangat penting kalau nak anak tu pergi sekolah dan sebagainya.

“Kita memberi perhatian serius terhadap isu kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah dan menasihatkan ibu kepada anak berstatus ini supaya mendaftarkan kelahiran bayi mereka.

Ini kerana sijil kelahiran yang diperoleh nanti akan membolehkan bayi terbabit mendapat status warganegara iaitu penting untuk memudahkan mereka mendapat kemudahan dan kebajikan.” – Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, dipetik oleh Berita Harian.

Satu lagi persatuan NGO, Baitus Solehah menawarkan pertolongan untuk melalui proses ni semua, termasuklah pendaftaran anak, sediakan tempat berteduh dan makan minum, dan juga bimbingan agama.

Untuk pasangan non-muslim pulak, asalkan si ibu hanya perlu register bayi tersebut macam biasa dan kat bahagian ‘bapa’ tu tak perlu tulis apa-apa melainkan kalau si bapa ada bersama untuk memohon pendaftaran.

Tapi macam mana pula dengan pengguguran? Tu tak dikira sebagai buang anak juga ke?

4. Jalani pengguguran kalau kandungan membahayakan ibu

Semenjak tahun 1989, pengguran telah dibenarkan di sisi undang-undang bagi tujuan kesihatan, terutamanya jika kandungan tersebut memudaratkan ibu dari segi fizikal atau pun mental.

Dalam Islam pula, keguguran dibenarkan untuk perancangan keluarga tapi ada timing-nya sendiri, janji kandungan tersebut tak sampai 4 bulan maka dibenarkan tapi kalau lebih dari tu sudah jatuh haram.

Kalau dah besar macam ni , Islam memang tak kasi buat pengguguran. Gambar dari parentinghealthybabies.com

Sebelum operasi tu sendiri, ada beberapa langkah yang perlu diambil sebab kalau tak dibuat dengan betul boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan juga kandungan. Berdasarkan persatuan hak wanita dan kesihatan, ada beberapa ubat yang perlu diambil ketika nak menggugurkan kandung.

Sewaktu operate nak gugur kandungan pula, ada kemungkinan si ibu akan mengalami pendarahan yang banyak dan ni mungkin boleh terjadi selepas operation malah ada satu dua kes (jarang) di mana pemindahan darah diperlukan untuk si ibu. Ubat yang diambil ketika nak gugur pun ada beberapa side effect atau kesan sampingan seperti perasaan bersalah, mood tak menentu, pendarahan, cramp, pening kepala, dan lain-lain lagi.

Gambar dari giphy.com

So senang cerita, nak gugur kandungan ni pun bukannya satu benda yang mudah, malah dalam sesetengah kes agak berbahaya. Dan ni merupakan cara sah untuk gugur tau, taktau la seram macam mana kalau buat cara tak sah di bidan atau doktor yang tak bertauliah. Jadi kalau nak buat pengguguran ni, fikir lah betul-betul ye.

Bayi tak patut jadi mangsa kesilapan ibu bapa

Malaysia memandang serius akan kes buang bayi. Sebelum ni di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, ibu-bapa akan dikenakan hukuman maksimum RM20,000 dan penjara 10 tahun. Tapi kini ia dah kena upgrade kepada percubaan membunuh atau kes bunuh

Dari segi Islam pulak, setiap bayi ada hak untuk hidup walaupun bayi zina. Jadi ibu bapa yang bersalah akan dikenakan hukum qisas yang setimpal. Kalau bayi tu hidup, pasangan boleh disaman melalui mahkamah syariah.

Kesian baby tak bersalah, tak pasal-pasal jadi mangsa kesilapan ibu bapa. Gambar dari currrentlife2u.com

Tapi selain daripada hukuman ini, pendidikan seks yang secukupnya perlu ada supaya remaja dan golongan muda tau apa yang patut/tak patut dilakaukan, dan macam mana nak elakkan daripada mengandung.

Dari segi undang-undang pulak, telah ada gesaan supaya kerajaan persekutuan mencontohi Kerajaan Terengganu di mana anak luar nikah boleh didaftar dengan nama bapa. Mungkin akan ramai yang tak setuju dengan langkah ni, tapi mungkin benda ni boleh mengurangkan stigma dan seterusnya mengurangkan kes buang bayi.

So kalau korang kenal siapa-siapa yang bermasalah dan terlintas niat nak buang bayi, hubungilah pusat-pusat ni dulu:

(Artikel ini ditulis bersama Adly & MK)



Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2jOlbDd

a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.