Hi! Welcome Back and Stay Tune! Annuar Musa Yang Disiasat Rasuah, Ismail Sabri Yang Disalahkan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Annuar Musa Yang Disiasat Rasuah, Ismail Sabri Yang Disalahkan?

Kadangkala timbul rasa seronok juga menyaksikan perbalahan sesama sendiri dalam UMNO berkaitan isu penggantungan jawatan Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara.

Di mana-mana mereka berbual-bual memperkatakan isu itu, jelas wujud dua kelompok yang berbeza.

Walaupun Ismail Sabri Yaakob, selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab kepada Mara telah menjelaskan penggantungan itu hanya sementara dan bagi membolehkan siasatan oleh audit dalaman dilakukan, terlihat ramai yang menyalahkan beliau atas apa yang berlaku itu.

Mesyuarat khas yang memutuskan penggantungan Annuar bukan saja dikatakan tidak mungkin diadakan tanpa restu Ismail Sabri selaku menteri, bahkan tindakan menggantung Pengerusi Mara itu juga dikhabarkan mustahil diambil jika tidak mendapat lampu hijau daripada beliau.

Seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi pengerusi agensi kerajaan suatu ketika dahulu berkata, mana mungkin Ahli Majlis Mara berani bertindak sesuka hati terhadap pengerusi mereka sendiri kalau tanpa restu atau arahan orang yang lebih tinggi jawatannya.

Maknanya, kepercayaan ramai dalam UMNO ialah tindakan menggantung Annuar bukan saja atas restu, bahkan juga kerana kehendak Ismail Sabri.

Mereka percaya, hanya jika Ismail Sabri setuju, barulah tindakan penggantungan itu dapat diambil, manakala jika Ismail tidak mahu, bermakna Annuar boleh dielakkan daripada digantung jawatannya.

Persoalan ramai dalam UMNO ialah untuk apa Ismail Sabri mahu mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap Annuar, sedangkan beliau tahu Pengerusi Mara itu adalah juga Ketua Penerangan UMNO dalam waktu yang sama?

Tidakkah beliau sedar tindakan penggantungan itu seperti menconteng arang ke muka Najib yang melantik Annuar selaku Ketua Penerangan UMNO?

Kata kawan-kawan dalam UMNO yang celupar pula, jika pun Ismail Sabri mahu menunjukkan ketegasannya berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, apakah beliau sendiri begitu bersih luar dan dalamnya?

Secara umumnya, soal percanggahan kepentingan dalam penajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan tidaklah direstui oleh banyak pihak, kecuali oleh segelintir pendedak, tetapi kata mereka, biarlah SPRM atau PDRM saja yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Annuar.

Dengan mendahului tindakan terhadap Annuar, kata banyak pihak dalam UMNO, Ismail Sabri seolah-olah meletakkan Pengerusi Mara itu bersalah sebelum penyiasatan dijalankan terhadapnya.

Lagi pula, tambah mereka, apakah tidak ada cara atau kaedah lain untuk bertindak terhadap Annuar, selain secara mendadak menggantung jawatannya?

Sekiranya terbukti ada salah laku, penyelewengan atau rasuah melibatkan Annuar sekali pun, Ismail Sabri, jelas mereka lagi, sebagai menghormati kedudukannya yang dilantik Najib itu, beliau sepatutnya berbincang dengan Perdana Menteri dahulu sama ada perlu menasihatkannya berundur atau meletakkan jawatan sebelum proses penyiasatan diambil terhadapnya.

Dalam keadaan sekarang, apabila Najib bukan saja mengekalkan kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO, malah mahu ruang diberi kepada beliau untuk membersihkan namany, gambarannya ialah seolah-olah Perdana Menteri memberi sokongan moral kepada Annuar berbanding Ismail Sabri.

Maka, apa nasib Ismail Sabri sekiranya penyiasatan SPRM mendapati Annuar tidak bersalah akhirnya?

Letak jawatan sebagai menteri?

Mungkin mustahil Ismail Sabri sanggup meletakkan jawatan, tetapi niatnya untul bertanding Naib Presiden UMNO tentunya sudah tidak bermakna lagi kerana nampaknya sudah ramai yang bersuara mahu mencantasnya pula.

The post Annuar Musa Yang Disiasat Rasuah, Ismail Sabri Yang Disalahkan? appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.