Kapal Pengangkut Pesawat Bertenaga Nuklear Pertama Dunia Akhirnya Dinyahtauliah
Nama USS Enterprise lebih sinonim dengan pesawat angkasa dari siri TV Star Tek. Di dunia sebenar USS Enterprise (CVN-65) ialah sebuah kapal pengangkut pesawat bertenaga nuklear pertama yang berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal dengan nama timangan Big E ini sudah beroperasi sejak 1961 dan akhirnya dinyahtauliahkan secara rasmi semalam.
Kapal perang terpanjang pernah dihasilkan ini dibina bagi menunjukkan kemampuan teknologi nuklear Amerika Syarikat. Ia mampu beroperasi tanpa henti selama 25 tahun sebelum bahan api perlu ditukar. Enterprise terlibat di dalam hampir kesemua konflik besar Amerika Syarikat dari Krisis Nuklear Cuba sehinggalah penaklukan Iraq. Ia menghentikan operasi pada tahun 2012 dan reaktor nuklear terakhir dikeluarkan dari Enterprise Disember lalu. Semalam ia secara rasmi dinyahtauliahkan dan menanti untuk dikitar semula selepas kos mengubahnya menjadi muzium terapung didapati terlalu tinggi.
Dengan penyahtauliahan ini, gelaran kapal perang terpanjang dunia berpindah tangan ke kapal pengangkut pesawat kelas Gerard R Ford. Nama kapal yang telah digunakan Tentera Laut Amerika Syarikat sejak 1775 ini berpindah ke kapal pengangkut pesawat nuklear baru yang akan mula dibina pada tahun 2018.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment