Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rafizi Seru Rakyat Jangan Isi Minyak Di Stesen Milik Anak Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rafizi Seru Rakyat Jangan Isi Minyak Di Stesen Milik Anak Mahathir

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan meminta rakyat di negara ini supaya tidak memilih stesen minyak Petron untuk mengisi bahan api berkenaan untuk kenderaan masing-masing.

Menurut Rafizi, pemilikan stesen minyak Petron yang melebihi 560 buah di seluruh Malaysia itu adalah daripada dua orang anak bekas Perdana Menteri keempat, iaitu Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir.

Tambah Ahli Parlimen PKR Pandan itu lagi, kedua-dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu sudah begitu kaya sehingga mampu membeli kilang minuman keras di Filipina dan menggunakan wang berkenaan mereka kata Rafizi telah membeli pula stesen-stesen minyak berjenama Esso.

…dia beli stesen-stesen minyak Esso, itu yang tukar jadi Petron tu. Jangan beli minyak di Petron lepas ini. Beli minyak di Petron samalah dengan bagi duit kepada Mirzan dan Mokhzani, samalah dengan kita mengkayakan tokey judi daripada Malaysia ini,” katanya dalam satu ceramah Pakatan Pembangkang.

Sedutan kata-kata Rafizi berkenaan diperoleh dari sebuah video ceramahnya yang menjadi tular pada Jumaat di aplikasi WhatsApp.

Namun seperti umum sedia maklum, lewat ini hubungan antara Rafizi dan Dr Mahathir agak rapat dalam usaha mereka cuba untuk memfitnah dan menjatuhkan Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun, video yang tular itu menjadi saksi bahawa Rafizi telah menghasut rakyat agar membenci dan tidak membantu perniagaan anak-anak Dr Mahathir, malah lebih teruk daripada itu menggelarkan mereka sebagai ‘Tokey Judi Malaysia’.

The post Rafizi Seru Rakyat Jangan Isi Minyak Di Stesen Milik Anak Mahathir appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.