Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program Mentor Milenia 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program Mentor Milenia 2017

Mentor Milenia 2017

Program Mentor Milenia 2017 bakal menyusul di kaca televisyen pada 5 Februari 2017, setiap hari Ahad selama dua jam bermula dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Senarai mentor dan para peserta:

Mentor Kriteria Protégé Nama Bakal Protege

Tomok
Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil

  • Ingin mencuba sesuatu baharu Mohamad Rozaimi Rosli (20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
  • Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)
  • Adam Malek Shamsuddin (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
protoge Tomok

Black
Bakat pertama, rupa nombor dua, serba boleh, boleh menyanyi lagu asli

  • Mohamad Afif Ikmayahya (20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)
  • Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)
  • Nur Syaheera Abd Aziz (19 tahun, Shah Alam, Selangor)
Protoge Black

Akim
Berani dan fokus, stail dan gaya tersendiri, mempunyai misi untuk melangkah lebih jauh

  • Noor Jannah Abu Hanipah (18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
  • Angelica Paujin (17 tahun, Tambunan, Sabah)
  • Mohd Farhan Mohd Mustapha (20 tahun, Kuantan, Pahang)
Protoge Akim

Hazama
Suara unik, boleh berlakon, menyanyi dan main alatan muzik, mempunyai tahap mental yang kuat

  • Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (20 tahun, Lunas, Kedah)
  • Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
  • Nor Balqis Ahmad Tajudin (18 tahun. Kemaman, Terengganu)
Protoge Hazama

Misi pencarian bakal protégé untuk berentap di pentas Mentor Milenia 2017 telah berakhir pada awal bulan Januari lepas. Masih lagi mengekalkan format yang sama, Mentor Milenia 2017 menampilkan empat penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor. Namun, musim baharu ini menyaksikan Tomok tersenarai sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Siapakah yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Menurut Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan, TV3 & TV9, “Kembali dengan musim kedua, Mentor Milenia mempertaruhkan barisan mentor yang muda tetapi berbakat besar dan komited. Keempat-empat penyanyi ini mempunyai pengalaman luas dan pencapaian besar dalam industri nyanyian. Tahun ini, Tomok telah dipilih untuk menyertai barisan mentor musim baharu untuk membimbing dan berkongsi pengalaman beliau yang pernah menjuarai tiga buah program berbeza iaitu One In A Million, Versus dan Pop Krew. Dengan pengalaman yang ada, kami yakin bahawa beliau akan menjadi seorang mentor yang berkaliber dan mampu memberi persaingan hebat kepada mentor-mentor lain.”

Kali ini, setiap mentor telah menetapkan standard yang tinggi dalam pemilihan protégé mereka, namun bukan semua mempunyai kriteria yang dicari. Untuk menjadi seorang penyanyi yang berkualiti, seseorang itu haruslah berusaha keras dan yakin dengan kemampuan mereka untuk menyanyi. Peminat setia pasti tidak sabar untuk menyaksikan siapakah protégé-protégé yang menjadi pilihan Tomok, Akim, Black dan Hazama yang bakal berentap di gelanggang Mentor Milenia kali ini.

Lebih mengujakan, Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, TV3 akan bekerjasama dengan Smule, yang merupakan aplikasi karaoke popular untuk menjayakan Mentor Milenia 2017. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.

Menurut kata Encik Kelvin Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd, “Sebagai salah satu program realiti terbesar di Malaysia, Mentor Milenia merupakan sebuah platform yang sesuai untuk mendekati para pengguna kami. Dalam kita menyaksikan bakat-bakat muda ini menyerlah menjadi bintang-bintang baharu, ianya seiring dengan motto Neffos iaitu untuk sentiasa bersama pengguna – di mana Neffos akan berada di setiap langkah perjalanan, memberikan mereka segala keperluan teknologi terkini yang pasti mengubah cara mereka berhubung dengan dunia luar. Sebagaimana Mentor Milenia yang pasti akan mengubah kehidupan 12 individu ini. Kami amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada program ini dan berharap untuk bekerjasama lagi bersama Mentor Milenia pada masa yang akan datang.”

Lebih seribu orang peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang telah berlangsung selama lima minggu di

  • Horizon Hotel, Kota Kinabalu, Sabah (10 Disember 2016) 
  • Theatrette Sri Pentas, Bandar Utama 
  • 17 & 18 Disember 2016 – Tomok
  • 24 & 25 Disember 2016 – Black
  • 31 Disember 2016 & 1 Januari 2017- Akim
  • 7 & 8 Januari 2017 – Hazama

Menerusi ujibakat ini, pihak penerbitan telah merakam pelbagai aksi lucu dan ragam para peserta untuk diimbas kembali dalam episod pertama Mentor Milenia 2017.

Tiga bakal protégé kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran protégé. Hanya dua orang protégé akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017.

Selepas itu, lapan protégé akan dipilih untuk bertanding dalam 9 konsert mingguan bermula 26 Februari yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagi melayakkan diri ke pentas akhir. Berbeza dengan musim yang lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Manakala Azmeer pula dipilih sebagai penasihat dan Sazlan Mat Adnan atau lebih dikenali sebagai Sazlan, selaku koreografer Mentor Milenia 2017.

Mentor Milenia 2017 juga turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

barisan tenaga pengajar

Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri profesional dan juri tetap sebanyak 50%, menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio. Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir. Pada peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Krew penerbitan Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit.

Mentor Milenia 2017 bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad selama 30 minit bermula dari 6.00 petang.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.