3 Sebab iPhone Terbaru Bakal Dijual Dengan Harga Yang Lebih Mahal
Sedar tidak sedar, 2017 bakal menjadi saksi sempena Apple iPhone yang sudahpun 10 tahun di dalam pasaran. Jenama yang diperkenalkan pada 2007 oleh Steve Jobs ini ternyata berjaya mengumpulkan peminatnya yang tersendiri meskipun mempamerkan harga jualan yang agak premium berbanding smartphone yang lain.
Berbincang mengenai Apple iPhone terbaru, pastinya Apple bercita-cita untuk membuat perubahan besar-besaran pada iPhone terbaru setelah 3 tahun mengekalkan rekabentuk yang sama. Nama ‘iPhone 7s’ atau ‘iPhone X’ antara yang dikatakan bakal dipilih sebagai nama model terbaru.
Selain teknologi terbaru yang bakal diumumkan, Fastcompany turut melaporkan Apple telah bersedia untuk mengumumkan iPhone terbaru dengan tanda harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Berikut merupakan antara sebab anda Apple bakal keluarkan model iPhone yang lebih mahal.
-
Pemilihan material
Hasrat Apple untuk menjadikan ‘iPhone X’ sebagai sebuah model yang bermakna sudah pastinya ada. Kemungkinan pengguna bakal diperlihat dengan rekabentuk yang baru setelah 3 tahun Apple mengekalkan rekabentuk yang hampir sama.
Apple dikatakan berminat untuk kembali menggunakan material glass sepertimana yang digunakan pada iPhone 4 untuk tampil berbeza bersama pesaingnya.
2. Skrin dan paparan
Untuk peminat smartphone dengan dengan saiz skrin yang kecil, maaf kami anda berita tidak sedap dibaca oleh anda. Sebabnya Apple bakal mula memperkenalkan skrin 5.0-inci untuk model biasa dan bukan lagi 4.7-inci. Saiz yang sama bakal dikekalkan jika Apple berhasrat untuk membuang home button sepertimana yang banyak dilaporkan oleh 9to5Mac.
Berdasarkan sumber daripada Fastcompany, keputusan Apple untuk menggunakan paparan OLED daripada Samsung berbanding LCD seperti sebelum ini antara yang menyumbang kepada peningkatan kos pembuatan Apple iPhone. Langkah ini dibuat bagi memastikan Apple iPhone terbaru tampil dengan skrin yang lebih sharp dan vibrant.
3. Faktor matawang
Tidak mengejutkan jika model terbaru Apple diumumkan dengan tanda harga mencecah $1000 USD (~RM4439.00) berdasarkan apa yang dilaporkan. Ditambah pula dengan faktor eknomi ketika ini kemungkinan para pengguna di Malaysia perlu bersedia membayar lebih apabila Apple iPhone terbaru mula dijual.
Adakah harga memain peranan yang penting?
Sudah tentu harga memain peranan yang penting. Namun melihat kepada produk-produk keluaran Apple sebelum ini, peminat jenama ini selalunya tidak kisah untuk berbelanja lebih sekiranya Apple umumkan penambahbaikan yang banyak menerusi model terbaru mereka.
Dari sudut pandang Apple, kami tidak pasti adakah harga yang tinggi bakal menggangu misi mereka untuk meningkatkan penjualan model smartphone mereka ini.
Buat mereka yang sudah terbiasa dengan smartphone Android. Mereka perlu bersedia untuk berbelanja besar untuk mendapatkan iPhone terbaru ini yang bakal diumumkan sekitar September 2017 ini.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment