Kelab ‘Samseng’ Canelas Dahului Liga Amatur Portugal Guna Taktik Kotor
Sebuah pasukan bola sepak Portugal yang dilabel sebagai ‘samseng’ dan ‘penyembelih’ berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan teratas dalam liga amatur selepas meraih beberapa kemenangan kerana lawan terlalu takut untuk bermain dengan mereka.
Kelab tersebut yang dikenali sebagai Canelas dari pinggir bandar Porto, membariskan seramai tiga ahli ultras ‘Super Dragons’ iaitu sebuah kumpulan penyokong kelab gergasi Portugal, FC Porto, termasuk kapten mereka yang diberi gelaran sebagai ‘Ape’ (beruk).
Kelab-kelab lain di dalam liga amatur divisyen empat itu begitu berang dengan taktik kelab tersebut, tetapi tiada dia antara mereka yang memfailkan aduan rasmi.
Presiden kelab pesaing, Grijo berkata, pemain-pemain Canelas kerap mengugut pemain lawan dan juga pengadil.
“Canelas tidak menghormati peraturan yang telah digariskan, mereka samseng, penyembelih dan pemain kami pula takut untuk berdepan dengan mereka,” kata Manuel Gomes kepada AFP.
Namun, taktik mereka itu ternyata berbaloi. Canelas telahpun memenangi 19 perlawanan musim ini, 13 daripada pertemuan itu diraih mereka ekoran keengganan lawan untuk berdepan dengan mereka dan sebaliknya sanggup membayar denda sebanyak 750 euro (RM3,568).
Atas faktor itu telah membawa kelab tersebut di kedudukan teratas liga, 14 mata di depan pencabar terdekat mereka.
Sikap mereka menjadi viral di laman sosial pada tahun lalu apabila video yang disiarkan melalui YouTube telah ditonton lebih sejuta orang.
Pemain Canales, yang menyarung jersi putih dan biru, tampil dalam perlawanan menentang Vila FC dengan gaya permainan seperti seni mempertahankan diri apabila mereka melakukan tendangan ke arah dada dan kepala, selain melakukan terjahan berbahaya dari arah belakang.
Selepas berdepan Canelas dalam aksi pembukaan musim, kelab pesaing Padroense enggan tampil dalam perlawanan timbal balik bagi separuh kedua musim.
“Para pemain Canelas sering mencari masalah, gemar membuat ancaman, malah mereka juga berani mengugut pengadil,” kata Presiden Padroense, Germano Pinho.
Kapten Canelas, Fernando ‘Ape’ Madureira berkata, mereka memang bermain keras tetapi adil.
“Kami sebuah pasukan agresif yang bermain dengan kesabaran. Tetapi tiada seorang pun daripada kami yang masuk ke padang membawa senjata atau kayu.
"Pada mulanya kami hanya mahu mengutip beberapa mata, tetapi sekarang kami mahu naik ke divisyen tiga kerana tiada orang yang mahu bermain dengan kami,” kata Madureira, yang memiliki Ijazah Sarjana.
BACA INI JUGA: 20 Kelab Bola Sepak Paling Kaya Di Dunia 2016
Sumber: utusan
Kekasaran pemain-pemain Canelas (jersi putih) ketika bermain.

Sumber : SentiasaPanas
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! ?? ??
Post a Comment