Sebelum konvo, dah boleh beli rumah pertama? Lelaki ini kongsikan caranya
Dengar macam susah nak percaya. Tapi benda ini benar-benar berlaku. Lagipun, dah jadi dekat ramai orang.
Tak perlu dah rasa pelik kalau orang makan gaji boleh beli rumah berbiji-biji macam orang bergaji besar.
Apa yang penting adalah cara mereka uruskan duit dengan baik. Kalau dah master benda ni, senang je korang nak kaya-raya dengan pelaburan hartanah.
Tok berani cakap, ini bukan sekadar teori. Tuan Muhamad Iqbal Hafifi dah buktikan.
Memang boleh jadi kalau korang komited buat.
Biar betul. Macam susah nak percaya je?
Assalamualaikum w.b.t. Maaf saya tak sempat nak reply setiap satu PM (private message) yang diterima.
Sebab ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 biji rumah lepas 1 tahun 4 bulan bekerja, saya akan kongsikan secara umum dekat sini.
Ini yang saya ada pada masa tu:
- Gaji basic: RM2,400,
- Mula bekerja: Febuari 2014 (lepas baru graduate),
- Kerja part time: Sublet 1 unit cash flow (RM200 sebulan),
- Masa ni tak payah bayar sewa sebab duduk sekali dalam rumah sublet.
- Aset yang ada: 15 gram gold bar (kumpul masa tengah study dulu),
- Tunai dalam tangan: RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan).
Jun 2014 – Tarikh keramat dapat beli rumah pertama
Rumah pertama, saya beli Apartmen Harmoni dekat Damansara Damai. Unit tu dekat tingkat 4.
Ini maklumat tentang rumah tu:
- Selling price: RM55,000,
- Bank value: RM65,000,
- Deposit yang saya letak: RM5,500.
Macam mana saya kumpul duit deposit?
Nett salary saya dalam RM2,100. Tiap bulan, saya akan simpan RM1,200 (nampak macam banyak, kan? Korang kena try dulu. Baru tau boleh buat ke tak).
Baki yang saya ada adalah RM900. RM500, saya akan bagi kepada parents, balance RM400 untuk makan dan minum, minyak motor, dan lain-lain).
Yang hidup bujang dekat luar sana tu, henti-hentikan menjana alasan untuk tak menyimpan. Masa ni la korang nak pulun habis-habis kumpul duit sebab takde komitmen besar.
RM400 tu jadi duit belanja saya untuk sebulan. Bahagikan kepada 4 minggu. Jadi, RM100 seminggu. Yang ni, korang pandai-pandai manage sendiri. Keperluan korang takkan sama dengan orang lain.
Ini tip yang saya buat. Cuba hidup miskin untuk tempoh masa 3 bulan. In Shaa Allah, korang boleh hidup lagi.
RM200 daripada unit sublet tu, gunakan sebagai emergency plan. Kalau tak cukup jugak, pajakkan 15 gram gold bar Ar-Rahnu tu,
Apa yang saya berjaya capai?
- Simpanan:
- RM1,200 X 4 bulan (Febuari – May) =
- RM4,800.
- Jumlah tunai dalam tangan:
- RM4,800 + RM1,000 =
- RM5,800
Jumlah ni dah cukup untuk bayar deposit 10% rumah dekat Damansara Damai tu.
Januari 2015 – Rumah ke-2 menyusul pula
Rumah ke-2, saya beli Apartmen Mesahill dekat Nilai. Kali ni, saya beli projek under construction pulak.
Ini maklumat tentang rumah ke-2 tu:
- Harga jualan = RM169,000,
- Bab loan pulak, saya dapat 100%. Siap dapat diskaun daripada developer sebanyak 10%.
- Duit booking sebanyak RM3,000 boleh di-refund.
Cara kumpul deposit untuk rumah ni sama je macam cara saya kumpul deposit untuk rumah pertama. Saya ulang langkah yang sama setiap bulan.
Jun 2015 – Tiba masa beli rumah yang ke-3
Rumah ke-3 pula, saya beli Apartmen Kenanga dekat Putra Perdana, Puchong.
Ini maklumat untuk rumah ke-3:
- Harga rumah: RM118,000,
- Bank value: RM155,000,
- Loan rumah 70%: RM108,500,
- Deposit: RM11,800.
Apa cara yang saya gunakan untuk kumpul deposit?
Saya gunakan cash daripada rumah pertama tadi sebanyak RM9,000. Dan balance lagi RM2,000 tu, saya kumpul setiap bulan macam biasa.
Soalan penting – Macam mana loan boleh senang lepas?
Saya akan cuba kongsikan untuk setiap satu rumah yang saya beli.
Untuk rumah pertama, takde masalah untuk bank approve loan dari segi DSR. Saya sertakan sekali cara kira dekat bawah ni:
- Loan: RM60,000,
- Monthly Installment: RM321,
- DSR: RM321 / RM2,100 X 100% =
- 15.29%
Kalau ikut kira-kira DSR ni, memang confirm loan saya senang bank luluskan.
Apa saya buat untuk senang lulus loan dan maksimumkan hasil sewaan?
1) Saya takde credit history. Jadi susah bank bagi lulus loan. Kalau lepas pun bank bagi loan kurang dari 90%.
Banker cadangkan saya apply kad kredit masa nak beli rumah tu. Saya pun ikut je cakap banker, dan Alhamdulillah loan lulus.
Bila dah berjaya lulus, saya terninate kad kredit tu.
2) Kalau rumah apartmen master title dah lebih 10 tahun, kebanyakan bank tak bagi loan, tapi masih ada yang sudi bagi pinjaman.
Oh, saya gunakan bank sotong (CIMB Bank).
3) Kenapa saya pilih untuk beli unit low cost tingkat atas sekali?
Sebab masa tu, itu je tahap kemampuan saya. Setiap keputusan adalah berdasarkan nombor dan fakta.
Kalau banyak duit, beli la yang mahal sikit. Ini hanya sekadar permulaan.
4) Ada ke orang nak sewa unit low cost tingkat atas sekali?
Sebelum beli, saya buat market research. Saya buat dummy iklan untuk tahu rate sewa dan demand sebuah bilik.
Rumah tu asalnya ada 3 bilik. Tapi saya renovate jadi 4 bilik untuk cipta positive cash flow yang lebih banyak.
Saya ubah suai ruang tamu menjadi sebuah bilik untuk disewakan. Dapat la jana cash flow lebih berbanding biasa.
Apa masalah (yang tak best) terpaksa saya hadapi masa beli rumah pertama?
1) Sebab masa tu saya tak banyak ilmu lagi, saya sign booking form di mana deposit 10% adalah non-refundable.
Jadi kalau loan tak lulus, deposit burn. Hangus macam tu je. Nasib baik, bank luluskan permohonan loan saya.
2) Rumah ini berharga 15% below market value. Sebab tergesa-gesa bayar deposit, saya terlepas beli rumah yang 30% below market value dekat kawasan yang sama.
3) Banker dan agent gaduh sebab insuran.
Ada agent promote insurance dia tapi banker bagitau loan ni tak wajib ambil insuran. Banker siap ugut tak nak proceed loan sebab kena marah dengan ejen.
4) Proses beli rumah low cost memang lambat. Saya sign SNP bulan Jun 2014, dapat kunci rumah pada bulan Mac 2015 (10 bulan).
Tiap-tiap minggu saya call dan follow up dengan lawyer. Tapi tak dapat settle cepat pun.
Yang paling terbaik, bila dapat tau loan untuk rumah pertama tu dah lulus. Dah la banker bagitau SMS masa hari saya konvo.
Excited punya pasal, sampai lupa nak ambik gambar atas pentas.
Berapa hasil sewa dari rumah pertama saya?
Saya pecahkan mengikut bilik yang saya sewakan:
- Bilik single #1: RM200,
- Bilik single #2: RM200,
- Bilik single #3: Saya buat duduk sendiri,
- Bilik master: RM300,
- Total untung sewa: RM700 – RM321 (installment) – RM160 (UniFi) – RM100 (kos utiliti dan maintenance).
- RM119.
Untung bersih sewaan yang korang dapat adalah sebanyak RM119 je. Tapi cukup la sebab saya dapat duduk bilik dan UniFi secara percuma.
Income dari rumah sewa rumah boleh bantu saya beli rumah ke-2, dan memudahkan loan akan datang senang lulus.
Rumah low cost memang tak sesuai untuk dapatkan capital appreciation, kenaikan memang lambat (kecuali kawasan hot seperti sebelah stesyen MRT/LRT/KTM).
Macam mana loan lulus untuk rumah ke-2 pula, akan saya kongsikan next time.
Fakta atau auta – Ada ke bank yang bagi lepas loan untuk gaji basic RM2,000?
Okay. Ini pandangan peribadi dan apa yang saya belajar daripada pakar:
Kalau gaji RM2,000, tapi nak beli rumah dekat Ampang yang harga RM500,000, memang susah bank nak luluskan.
Kalau gaji RM2,000, bayar ansuran kereta pun RM900 sebulan, tambah kad kredit dengan personal loan lagi, DSR pun dah terkoyak rabak, memang bank susah nak luluskan.
Kalau gaji RM2,000, tapi belanja macam gaji RM5,000, pun bank susah nak luluskan.
Kalau gaji RM2,000, tapi jenis yang banyak bagi alasan dan tak nak belajar, sampai bila-bila pun bank susah nak luluskan.
Mana kos legal fee? Kenapa tak masuk sekali dalam kira-kira?
Ada juga yang bertanya. Legal fee tak termasuk dalam kira-kira. Talk is cheap.
Untuk rumah pertama, kos legal fee yang saya kena bayar RM3,000++.
Saving untuk Febuari hingga Mei dah saya gunakan untuk bayar deposit. Jadi, bulan Jun hingga Ogos, saya buat saving macam biasa.
Saya nego dengan lawyer untuk bayar RM1,500 dulu sebagai permulaan. Balance nanti, saya bayar kemudian secara installment.
Boleh ke buat macam ni? Cuba korang tanya lawyer.
Insuran pulak, tak payah bayar ke? Ribu-ribu tu.
Korang tak payah risau. Insuran tu masuk sekali dalam loan yang saya buat.
Satu lagi. Mana nak cari rumah harga macam tu? Ada lagi ke?
Mana nak dapat harga macam tu dekat kawasan tu. Subsale pula tu? Kalau pasaran lelong, mungkin ada la.
Okay. Ada satu cara.
Cuba berhenti duduk melangut depan TV, tengok drama TV3 pukul 7PM selama sejam tu dan mula hadap Mudah.my, iProperty, dan PropertyGuru.
Ulang buat benda ni dari hari Isnin sampai Jumaat. Confirm korang akan jumpa punya.
Sekian.
—
Ayat last sekali tu agak pedas. Tapi, takde maksud lain selain niat yang baik-baik belaka.
Selagi tak bagi panas punggung korang tu, selagi tu korang takkan bertindak. Lagipun, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri dan keluarga korang jugak.
Semoga perkongsian power ni akan buat lebih ramai orang muda mula beli rumah pertama seawal mungkin.
Semua orang patut ada ilmu lulus loan rumah ini sebelum beli rumah pertama
Mengikut kajian Tok, ramai yang tak lepas buat loan rumah pertama sebab tak tau nak buat macam mana.
Takpe. Lepas ni, korang boleh confirm lulus kalau buat apa yang Tok kongsikan. Tok berani gerenti 100%.
Klik sekarang link bawah ni untuk belajar.
>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<
The post Sebelum konvo, dah boleh beli rumah pertama? Lelaki ini kongsikan caranya appeared first on GilaHartanah.com.
Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2k4DQuD
Post a Comment