Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah Anggap Seperti Keluarga Sendiri, Sanggup Habiskan RM1700 Untuk Pembedahan Selamatkan Seekor Ikan Emas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah Anggap Seperti Keluarga Sendiri, Sanggup Habiskan RM1700 Untuk Pembedahan Selamatkan Seekor Ikan Emas

Sebuah keluarga sanggup habiskan kira-kira £ 300 (RM1765) demi menyelamatkan ikan emas kesayangan mereka selepas ianya telah mengalami ketumbuhan di bahagian sirip, lapor Daily Mail.

Dr Faye Bethnall telah menjalankan pembedahan selama 30 minit untuk menyelamatkan ikan emas yang sudah berusia 20 tahun di Tol Barn Veterinary Centre di North Walsham, Norfolk.

Ikan emas yang diberi nama Bob itu telah dipelihara daripada ianya kecil dan ianya lebih tua daripada anak-anak mereka sehingga ianya dianggap sebahagian daripada keluarga mereka.

Pada mulanya, keluarga berkenaan telah melihat perubahan kepada Bob apabila dia dilihat susah untuk berenang di dalam akauarium dan mendapati terdapat ketumbuhan pada siripnya.

Oleh itu, mereka telah membawa Bob berjumpa dengan Dr Bethnall untuk memeriksa keadaan ikan emas berkenaan kerana sudah tidak boleh berenang secara lurus.

Pembedahan telah dijalankan menggunakan peralatan pembedahan mikro di mana pembedahan berkenaan merupakan sesuatu yang rumit di mana iakan berkenaan perlu dibuang daripada bekas air iaitu perlu dilakukan atas meja khas pembedahan.

“Pilihan untuk mengeluarkan Bon dari air perlu dilakukan untuk membuang ketumbuhan di siripnya di mana ia telah dibius ubat bius dan paip air telah disalutkan ke dalam mulutnya.” 

“Kami sentiasa menjaga meja khas berkenaan supaya sentiasa basah bagi memastikan badan bob sentiasa lembab sehingga pembedahan selesai,” kata Dr Bethnall.

Bob kini sudah dibawa pulang ke rumah keluarga berkenaan dan telah dilepaskan berenang di dalam sebuah bekas kecil sebelum dilepaskan ke dalam akuarium.

“Saya benar-benar sukakan kerja saya, kerja kami adalah selamatkan nyawa-nyawa haiwan,ianya adalah kerja yang memang baik apabila seseorang pemilik datang untuk menyelamatkan haiwan peliharaan mereka,” jelas Dr Bethnall yang bangga dengan kerjanya. – Siakapkeli.my





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.