"Dia Insan Istimewa" – Keluarga Yakin 'Mat Tere' Dipergunakan, Mohon Pihak Istana Maafkan Kesalahannya
Mohd Azam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 10.15 malam hari ini. Foto: Sinar Online. |
KOTA BHARU, 8 Feb – Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau dikenali ‘Mat Tere’ ditangkap kira-kira jam 3 petang hari ini.
Sinar Online melaporkan, Ketua Pemuda Umno Neger, Mohd Azam Ismail berharap agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnnya kerana dikategorikan tidak sempurna.
“Kami merayu dia tidak dikenakan tindakan undang undang berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.
“Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Sebelum ini rakaman video yang memaparkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap TMJ disebarkan di media sosial
Menurut laporan BH Online, Mat Tere ditangkap kira-kira jam 3.50 petang di Kota Bharu hari ini.
Dalam pada itu sepupunya, Yusrizam Ahmad, 42,yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.
“Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.
“Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami,” katanya.
Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.
“Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa,” katanya.
Sumber: Sinar Online, BH Online
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment