Hadi Dakwa Mahathir Punca Islam Lemah, Tapi 65 Saman Trafik Tertunggak Apa Kes?
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas apa yang didakwa beliau menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.
Hadi menegaskan kuasa politik Islam menjadi lemah walaupun negara ini terdiri daripada 65 peratus umat Islam manakala orang bukan Islam hanya 35 peratus.
“Namun kuasa politik Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Puncanya ialah strategi perdana menteri yang lalu Tun Mahathir Mohamad yang mengambil strategi untuk menyingkirkan PAS.
“Yang mana strategi ini makan diri UMNO dan makan diri Islam sendiri, yang perlu diperbetulkan oleh kita semua,” katanya dalam satu rakaman ceramah di Marang pada Jumaat lepas.
Hadi berkata Mahathir melakukan strategi memecahkan kawasan pilihan raya, di mana kawasan yang mempunyai pengundi Islam lebih besar berbanding kawasan yang boleh dimenangi UMNO.
“Apabila dipecahkan kawasan pilihan raya bagi menyingkirkan PAS, maka kawasan-kawasan di Terengganu, Kelantan, Kedah, utara Perak, yang kuat orang Islam, pengundi 80,000 hingga 100,000.
“Kawasan-kawasan yang UMNO kuat, satu parlimen 20,000 hingga 30,000. Putrajaya 16,000. Tujuannya bagi memenangkan Barisan Nasional. Oleh itu, Hadi berkata, Umno dan PAS perlu memperbetulkan keadaan itu bersama-sama.”
TAPI…dalam masa yang sama, heboh di Facebook tentang saman trafik Abdul Hadi yang tertunggak yang disiarkan di laman Facebook Suara Rakyat.
Suara Rakyat menyiarkan jumlah keseluruhan 65 saman tertunggak sejak 15 tahun lalu yang gagal dijelaskan oleh Abdul Hadi.
Suara Rakyat menulis; Semakan di laman web MyEG menggunakan nombor kad pengenalan milik ABDUL HADI BIN AWANG (XXXXXX-X1-XX65) didapati terdapat 65 saman tertunggak sejak 15 tahun lalu, yang masih tidak dijelaskan oleh beliau sehingga ke hari ini berjumlah RM13,750.
Itu belum termasuk lagi 9 saman JPJ yang tertunggak. Inikah pemimpin yang kita nak jadikan contoh?
**Hahaha, nasib baik saman PDRM & JPJ tak dibawa ke Mahkamah Syariah kalau tak entah berapa tahun kena penjara ni.
** Saman terkini PDRM: 14-01-2017, WPJ6887, DUNGUN, SPEEDING.
Penyokong-penyokong PAS pasti akan mengatakan, ‘jangan buka aib orang, nanti Allah akan buka aib kita. Tapi Hadi adalah pemimpin, parti yang memperjuangkan Islam pulak tu.
Kalau macam ni jenis pemimpin, bayangkan bila hudud dilaksanakan? Adakah terjamin keadilan atau kerajaan akan buat 2 jenis hukuman berbeza. Satu untuk rakyat, satu untuk pemimpin?
Fikir-fikirkanlah.
The post Hadi Dakwa Mahathir Punca Islam Lemah, Tapi 65 Saman Trafik Tertunggak Apa Kes? appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment