Google Memperkenalkan Android Wear 2.0 – Membawa Evolusi Baru Ke Arena Jam Tangan Pintar
Setelah penantian sekian lama, hari ini Google secara rasminya mengumumkan pengenalan Android Wear 2.0 – yang mana menawarkan pelbagai kemaskini baru pada sistem operasi jam tangan pintar mereka, termasuk lebih banyak pilihan muka jam, kaedah baru penggunaan aplikasi, integrasi Google Assistant, dan pelbagai fungsi lain.
Melalui Android Wear 2.0, Google kini memaparkan lebih banyak informasi berguna kepada pengguna pada muka jam mereka. Kini, pengguna dengan mudah boleh menyemak temujanji, aktiviti kecergasan, menempah Uber dan sebagainya dengan hanya melihat muka jam sahaja. Untuk fungsi kecergasan sendiri, Google Fit kini hadir diintegrasikan dengan lebih baik pada Android Wear.
Disamping itu, kini Android Wear turut mengintegrasikan sokongan Google Play Store – memudahkan anda memuat-turun sesuatu aplikasi atau kandungan terus melalui jam tangan pintar, tanpa perlu melihat telefon pintar. Malah, sekiranya jam tangan pintar berkenaan hadir dengan sokongan selular, pengguna turut boleh membuat panggilan dan sebagainya.
Android Wear 2.0 juga kini mengintegrasikan sokongan Google Assistant, memudahkan anda bertanyakan pelbagai perkara atau mengingatkan anda dengan sesuatu. Pembantu pintar ini ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan Jerman buat masa ini, dan boleh dimulakan dengan menekan butang kuasa atau mengucapkan “OK Google”.
Kemaskini Android Wear 2.0 ini bakal hadir ke pelbagai jam tangan pintar yang menyokongnya dalam beberapa minggu akan datang – secara berperingkat. Antara peranti yang akan menerimanya adalah termasuk ASUS ZenWatch 2 & 3, Casio Smart Outdoor Watch, Casio PRO TREK Smart, Fossil Q Founder, Fossil Q Marshal, Fossil Q Wander, Huawei Watch, LG Watch R, LG Watch Urbane & 2nd Edition LTE, Michael Kors Access Smartwatches, Moto 360 2nd Gen, Moto 360 for Women, Moto 360 Sport, New Balance RunIQ, Nixon Mission, Polar M600 dan TAG Heuer Connected.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kI94K3
Post a Comment