Spesifikasi Tablet Windows Samsung’s Galaxy TabPro S2 Tertiris Sepenuhnya
Tablet Samsung Galaxy TabPro S2 dijangka akan dilancarkan di MWC pada 26 Februari akan datang. Spesifikasi tablet ini tercicir selepas ia disenaraikan di dalam pangkalan data Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat.
Tablet ini dilengkapi skrin 12″ SAMOLED QHD, pemproses Intel Core i5-7200U Kaby Lake, RAM sebesar 4 Gigabyte LPDDR3 dan storan 12 Gigabyte SSD. Kamera utama sebesar 13-Megapixel mampu merakam video pada resolusi 4K. Kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 5070 mAh disertakan dengan pengecas Turbo Charge 25W. Tablet ini turut dilaporkan mempunyai stylus S-Pen terbina. Tablet ini dihasilkan bagi bersaiz secara terus dengan iPad Pro dan Surface Pro 4.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k6eH7L
Post a Comment