Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Mengenali Bulu Babi Ketika Membeli Berus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Mengenali Bulu Babi Ketika Membeli Berus

Berikutan rampasan pihak berkuasa terhadap berus yang disyaki dibuat daripada bulu babi, rasanya pengguna patut tahu bagaimana untuk membeza dan mengenali rupa berus dan juga produk yang diperbuat daripada bulu babi.

Berus

Ramai daripada pengguna sebenarnya tidak tahu bahawa kebanyakan berus murah yang diimport daripada China dibuat dari bulu babi.

Rampasan pihak berkuasa juga mendapati peniaga tidak mengasingkan berus cat yang dibuat dari bulu babi dengan berus biasa dan tidak meletakkan tag.

Pemeriksaan yang dijalankan juga menemui berus cat yang menggunakan logo halal dan sijil halal palsu.

Berus bulu babi dirampas berdasarkan bulu yang bercabang pada hujung bulu berus tersebut.

Jadi, bagaimana cara untuk kita mengenali berus, sama ada berus untuk mewarna mahupun berus untuk peralatan bersolek yang dibuat daripada bulu babi?

Ciri-ciri bulu babi:

1. Bulunya bercabang dihujung.

2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.

3. Sukar ditanggalkan atau cepat rosak.

4. Lebih mudah diperolehi berbanding bulu haiwan lain.

Info tentang bulu

Bulu Khinzir

1. Bulu Babi@Khinzir

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends).

Bristle daripada wilayah Chungking, China, dikatakan adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

2. Bulu Kambing

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir dan bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Kaedah Pengesahan Produk Dari Bulu Babi

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengesan kulit atau bulu babi adalah:

1. Ujian Bakar – Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar

2. Ujian Kelarutan – Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya ada unsur haiwan dalam sampel.

3. Rupa bentuk Fizikal – Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke dalam.

Kesimpulan

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Jadi, berhati-hatilah. Insyallah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.

BACA INI JUGA: 8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

Sumber: mrjocko





Sumber : SentiasaPanas

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! ?? ??


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.