Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rosmah Cadang Isteri Wakil Rakyat Aktif Guna Media Sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rosmah Cadang Isteri Wakil Rakyat Aktif Guna Media Sosial

Isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor menyarankan supaya isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) lebih kerap memuat naik aktiviti terkini di media sosial agar sumbangan dan kerja-kerja kebajikan mereka diketahui rakyat di peringkat akar umbi.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), berkata walaupun pelbagai program kebajikan dianjurkan namun masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak tahu atau peka terhadap kerja-kerja amal yang dilakukan.

Justeru, beliau menyeru supaya badan-badan amal di negeri masing-masing mewujudkan akaun Facebook, Instagram dan memuatnaikkan gambar-gambar akvtiviti serta mentularkan maklumat perkembangan terbaru.

“Kita tak berhasrat untuk bermegah dengan sumbangan dan hasil keringat yang telah dicurahkan, namun penting untuk masyarakat mengetahuinya, justeru suka atau tidak kita perlu guna kaedah hebahan masa kini iaitu media sosial,” katanya di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis persamian Program Tahunan Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Rosmah berkata media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam perkongsian maklumat berbanding hebahan melalui media cetak yang kini kurang mendapat perhatian.

Isteri perdana menteri itu turut meluahkan rasa kesal kerana ada pihak yang memandang ringan usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh badan amal itu.

Program itu menyaksikan dua acara dipertandingkan iaitu badminton dan tenpin boling yang melibatkan 570 peserta daripada 14 negeri termasuk anggota Bakti.

The post Rosmah Cadang Isteri Wakil Rakyat Aktif Guna Media Sosial appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.