Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Dia Dibelasah Bekas Suami Sehingga Tercabut Gigi & Berjahit Dahi' – Kuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Dia Dibelasah Bekas Suami Sehingga Tercabut Gigi & Berjahit Dahi' – Kuan

Sedih mendengar cerita puan ini. Dia dibelasah oleh bekas suami sehingga tercabut gigi dan berjahit dahi. Akhir sekali, lelaki itu berjaya menikamnya dengan pisau. Difahamkan lelaki itu telah ditangkap, namun dipercayai diberi kebenaran untuk diikat jamin oleh mahkamah. 
Puan ini terpaksa melarikan diri meninggalkan rumah arwah ibunya dengan membawa bersama anak lelakinya berusia 2 tahun dan adik perempuannya yang berusia 26 tahun. Dia terpaksa berbuat demikian kerana bekas suami sering datang ke rumah itu dan memukulnya. Bekas luka akibat dipukul lelaki itu, masih kelihatan. 
Bekas suami bukan hanya mencederakannya dari segi fizikal, tetapi secara mental dan rohani menyebabkan hidupnya agak terumbang ambing. 
Mujur dia masih mampu melarikan diri dari rumah arwah ibunya yang kini ditinggalkan kosong. 
Foto – Kuan Chee Heng
Foto – Kuan Chee Heng
Kini dia bekerja separuh masa bagi menyara kehidupan mereka dengan menyewa bilik yang berharga RM500. Dengan gaji yang tidak seberapa itulah yang digunakan untuk menanggung mereka dua beranak dan adik perempuannya yang menghidap penyakit asma yang teruk. Makan minum mereka juga tidak menentu dan terpaksa hidup dalam keadaan kesempitan.
Saya akan cuba mencarikan kerja yang memberi gaji lebih lumayan kepadannya. Kita akan pantau dan bantu mereka. 






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.