Hi! Welcome Back and Stay Tune! Logo 5G Diperkenalkan – Tetapi Pengenalannya Mungkin Mengambil Masa Beberapa Tahun Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Logo 5G Diperkenalkan – Tetapi Pengenalannya Mungkin Mengambil Masa Beberapa Tahun Lagi

Badan disebalik piawaian rangkaian, iaitu 3GPP hari ini telah memperkenalkan logo rasmi untuk rangkaian selular generasi seterusnya, iaitu rangkaian 5G. Secara kasar, ia tidak begitu berbeza dengan pengenalan logo untuk LTE sebelum ini – dimana mereka melakukannya dalam selarikan rekaan aspek dengannya.

5GMenurut badan berkenaan, logo 5G ini akan digunakan pada pelbagai perkara pada fasa pertama untuk pengenalan 5G yang dijangka sekitar penghujung 2018.

Buat masa ini, kebanyakkan syarikat telekomunikasi di Malaysia tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan rangkaian 5G. Masih terdapat sejumlah lokasi yang tidak diliputi oleh rangkaian 4G, dan mungkin ia perlu diselesaikan sebelum pengenalan rangkaian 5G.

Sebelum ini, kita telah melihat pengenalan awal rangkaian 4G di Malaysia pada awal 2013 oleh Maxis, dan diikuti oleh pelbagai penyedia lain.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas, mungkinkah kita akan melihat syarikat telekomunikasi tempatan mula bereksperimen dengan rangkaian 5G seawal tahun ini atau hadapan?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2knf5e9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.