Facebook Sedang Membangunkan Rancangan TV Untuk Media Sosial
Facebook telah diperkatakan sedang membangunkan kandungan khusus untuk laman sosial mereka, lebih kurang seperti apa yang dibuat oleh Netflix dan Amazon. Kini, Facebook dilihat telah melantik Mina Lefevre daripada MTV untuk membangunkan sejumlah rancangan khusus untuk platform berkenaan.
Mina Lefevre ini akan menyertai pasukan khusus dalam Facebook yang diketuai oleh pengasas CollegeHumor, iaitu Ricky Van.
Dengan penerbitan rancangan khusus dan eksklusif untuk platform berkenaan, ia akan menarik lebih ramai menggunakannya – dan membuatkan mereka menghabiskan tempoh pelayaran di platform berkenaan untuk masa yang lebih lama.
Disamping itu, untuk Facebook sendiri, mereka boleh menarik lebih pengiklan yang menghabiskan wang untuk pengiklanan di televisyen, untuk beralih ke platform mereka.
Sebelum ini, ia turut diperkatakan yang mana Facebook sedang membangunkan sebuah aplikasi khusus untuk televisyen yang akan memfokuskan kepada kandungan video semata-mata.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2lscH5M
Post a Comment