Hi! Welcome Back and Stay Tune! Angin Sejuk Landa Sabah, Puncak Kinabalu Diselaputi Salji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Angin Sejuk Landa Sabah, Puncak Kinabalu Diselaputi Salji

Cuaca sejuk yang sedang melanda negeri Sabah ketika ini adalah berpunca dari tiupan angin sejuk bertekanan tinggi dari Siberia merentasi negara rantau Asia Tenggara.

kinabalu

Beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi pada pagi rabu.

Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, Februari adalah bulan yang paling sejuk di Malaysia ekoran Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017.

Daerah Ranau mencatatkan suhu paling rendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius, Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah selsius pada Rabu.

Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti fenomena penyejukan bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada keadaan ini.

Gunung Kinabalu diselaputi salji

kinabalu

Laban Rata di puncak Gunung Kinabalu dilaporkan diselaputi frost atau embun beku, menjadikan kawasan sekitarnya seperti bersalji.

Fenomena seperti ini dilaporkan belum pernah direkodkan sebelum ini dan dilaporkan masih kelihatan pada awal pagi rabu.

Difahamkan, suhu di Laban Rata mencecah 0 darjah Celcius pada awal pagi sebelum meningkat kepada 15 dan 16 Celcius menjelang tengah hari.

“Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung’, Nais Momin.

kinabalu

Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.

“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara.

Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

Air Putih seperti kapas, suhu bawah paras beku

kinabalu

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang.

Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

kinabalu

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelumnya.

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

kinabalu

“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.

BACA INI JUGA: 6 Lokasi Pelancongan Di Sabah Yang Setanding Luar Negara!

Sumber: suarasabah





Sumber : SentiasaPanas

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! ?? ??


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.