Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Malaysia Dijangka Memperkenalkan Telefon Pintar Dibawah Siri HTC U Seawal Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Malaysia Dijangka Memperkenalkan Telefon Pintar Dibawah Siri HTC U Seawal Minggu Hadapan

HTC pada awal Januari 2017 lepas telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri HTC U – iaitu HTC U Ultra dan juga HTC U Play. Ketika pengenalannya, wakil HTC telah mengatakan ia akan hadir ke Malaysia pada bulan Februari – dan selari dengannya, kini HTC Malaysia telah dalam persiapan untuk memperkenalkannya.

HTC Malaysia dijangka memperkenalkan peranti baru mereka untuk pasaran tempatan seawal Khamis hadapan. Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya sama ada HTC Malaysia akan memperkenalkan kedua-dua model atau hanya satu peranti sahaja.

HTC U Ultra

HTC U memfokuskan kepada sokongan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan terbina padanya dalam memudahkan pengguna menjalani kehidupan harian – termasuk memperlihatkan temujanji dan sebagainya. HTC U Ultra juga dilihat hadir dengan skrin kedua dihadapan yang memudahkan pengguna mengikuti notifikasi dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah HTC Malaysia akan umumkan secara rasminya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kVmkgv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.