Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura Ura) iPhone Edisi Bersempena 10 Tahun Akan Membawakan Tanda Harga Melangkaui RM4500? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura Ura) iPhone Edisi Bersempena 10 Tahun Akan Membawakan Tanda Harga Melangkaui RM4500?

Tahun 2017 ini adalah ulang tahun ke-10 sejak Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone mereka, yang mana telah mengubah industri telefon pintar, mahupun syarikat berkenaan sendiri. Kini, iPhone menjana hampir 2/3 daripada syarikat mereka.

Terkini, Fast Company, melalui sumber-sumber dalaman mereka mengatakan bahawa iPhone 8 bakal menjadi iPhone yang termahal dalam sejarah peranti tersebut, dengan harga permulaan melangkaui $1000 (RM4,500). Ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana saban tahun, harga iPhone memang sedikit meningkat – apatah lagi dengan edisi bersempena 10 tahun yang akan hadir kelak.

Yang menarik perhatian kami ialah ura-ura tentang spesifikasi telefon pintar tersebut. Terutama sekali ialah skrin OLED 5.8 inci, yang khabarnya akan menawarkan rekaan dengan bingkai tepi sangat nipis – suatu konsep serupa seperti yang digunakan oleh Xiaomi dengan peranti Mi Mix. iPhone 7S pula dikatakan akan keluar bersama-sama iPhone 8 tersebut, dan akan menggunakan paparan LCD sahaja. Dalam pada itu, saiz paparan untuk iPhone 7S dan 7S Plus pula dikatakan dalam lingkungan 4.8 inci (iPhone 7S) dan 5.5 inci (iPhone 7S Plus).

Ia turut dikatakan Apple berada dalam proses mencari pembuat paparan OLED, dan buat masa ini, nampaknya hanya paparan Samsung menepati piawaian syarikat teknologi Amerika tersebut. Dari segi binaan, Apple dikatakan akan menggunakan bingkai berasaskan keluli, selain badan berasaskan kaca – lebih kurang seperti pernah hadir pada iPhone sebelum ini. Apple turut dijangka tidak menyertakan butang Home fizikal pada telefon pintar terbaru mereka kelak.

Walau apa pun, buat masa ini, semua ini adalah hanya ura-ura sahaja. Spesifikasi-spesifikasi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja, dan kemungkinan besar banyak juga perubahan yang dapat kita lihat pada masa yang akan datang.

Apple dijangka memperkenalkan iPhone baru pada tahun ini sekitar bulan September atau Oktober.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kqcP5z

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.